Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Keanu Reeves Dikaitkan Dengan Filem Doctor Strange In The Multiverse Of Madness?

Keanu Reeves kini semakin hangat di arena dunia perfileman komik. Selepas Kevin Feige menyatakan hasrat untuk membawa masuk bintang filem John Wick itu ke Marvel Cinematic Universe, DC juga turut ‘bermain angin’ untuk mengambil pelakon tersebut berlakon dalam salah satu filem terbitan mereka.

Terbaru, Reeves kini dikaitkan dengan filem sekuel Doctor Strange berjudul In The Multiverse of Madness. Lebih menarik, Marvel mungkin menawarkan watak ‘villain’ untuk pelakon yang sering dikenali sebagai ‘hero’ oleh kaki-kaki wayang.

Menurut laporan dari We Got This Covered, Reeves antara beberapa nama yang disenaraikan untuk membawa watak musuh kepada Doctor Strange iaitu Nightmare. Pelakon lain yang turut dikaitkan dengan watak Nightmare adalah Matt Smith dan David Tennant.

Sebelum ini, Feige pernah mendedahkan bahawa Marvel Studios beberapa kali cuba untuk membawa masuk Reeves dalam MCU, namun tidak berjaya. Mungkin dengan menawarkan watak yang lari dari kebiasaan pelakon tersebut, seperti watak ‘villain’, ia dapat menarik minat Reeves untuk muncul dalam MCU.

Sementara di pihak DC pula, pihak studio mungkin mempertimbangkan watak Deathstroke untuk Reeves, ataupun meneruskan kembali watak John Constantine, karakter yang pernah dilakonkannya dalam filem Constantine terbitan 2003. Pelakon tersebut pernah menyatakan hasrat untuk meneruskan watak detektif itu lagi, dan DC memiliki peluang cerah untuk memenangi perebutan mendapatkan Reeves.

Apapun kita nantikan perkembangan lanjut mengenai Keanu Reeves dalam dunia perfileman komik superhero.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment