Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Keanu Reeves Kini Menjadi Penulis Komik! Karya Pertamanya “BRZRKR” Akan Dilancarkan Oktober Ini.

Keanu Reeves bukan sahaja hebat sebagai pelakon aksi di layar perak, dia kini juga dikenali sebagai penulis buku komik!

Aktor kesayangan ramai itu bakal mengeluarkan komik pertamanya berjudul BRZRKR tidak lama lagi.

Komik 12 siri itu diterbitkan menerusi Boom! Studios, dengan setiap isu akan dikeluarkan setiap bulan bermula 7 Oktober ini.

Reeves menjadi penulis komik tersebut bersama-sama seorang lagi penulis, Matt Kindt, manakala pelukis komik adalah Alenssandro Vitti.

Digambarkan sebagai “penuh aksi” dan “kekerasan”, BRZRKR berkisar tentang seorang pahlawan yang mirip seperti Reeves dan telah menempuh jalan-jalan yang penuh dengan darah di seluruh dunia selama berabad-abad. Pada masa sekarang, Berzerker melakukan tugasan merbahaya untuk kerajaaan Amerika Syarikat sebagai pertukaran untuk mengentahui kebenaran di sebalik kewujudannya.

Kepada peminat buku komik, adakah anda berminat untuk membaca komik pertama Reeves? kongsikan pendapat anda.

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan Filem Aksi-Thriller “Kate” Lakonan Mary Elizabeth Winstead

Kakimuvee

Bill Skarsgård Sertai “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Gambar BTS Terbaru “Indiana Jones 5” Memaparkan Kepulangan Semula Harrison Ford

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Akan Ditayangkan Pada 2023

Kakimuvee

Donnie Yen Sertai Barisan Pelakon “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating