Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Keanu Reeves Hampir Mainkan Peranan Utama Dalam Death Stranding


Aktor Keany Reeves mungkin mengejutkan kaki-kaki wayang apabila muncul dalam trailer permainan video Cyberpunk 2077 yang dibangunkan oleh CD ProjektRed. Tetapi tahukah anda, bintang filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum itu hampir memainkan peranan antagonis dalam satu lagi permainan video berjudul Death Stranding.

Nama Keanu Reeves dikaitkan dengan peranan utama dalam permainan video tersebut, namun pengarah dan penulis Death Stranding, Hideo Kojima lebih memilih aktor Mads Mikkelsen berbanding Reeves.

“I originally was recommended Keanu Reeves but I wanted Mads,” ujarnya ketika bercakap di San Diego Comic Con baru-baru ini. Nama tersebut dicadangkan oleh pengarah Denmark, Nicolas Winding Refn yang juga merupakan barisan pelakon Death Stranding. 

Hubungan rapat diantara Mikkelsen dan Kojima dikatakan antara sebab pengarah tersebut mahukan aktor dari Denmark itu berbanding Reeves.

Walaupun tidak terpilih, Reeves tetap sukses pada tahun 2019 apabila filem ketiga John Wick Saga berjalan dengan baik, dapat menyumbang suara dalam filem Toy Story 4 dan juga membintangi permainan video RPG dystopian akan datang iaitu Cyberpunk 2077.


Death Stranding merupakan permainan video aksi yang dibangunkan oleh Kojima Productions dan diterbitkan Sony Interactive Entertainment untuk platform Playstation 4. Permainan video ini akan menampilkan aktor seperti  Norman Reedus, Mads Mikkelsen, Léa Seydoux, Margaret Qualley, Tommie Earl Jenkins, Troy Baker, dan Lindsay Wagner. Pengarah filem Guillermo del Toro dan Nicolas Winding Refn turut paparkan dalam permainan ini.

Death Stranding akan mula dikeluarkan pada 8 November ini


Related posts

Kojima Terlibat Secara Langsung Dalam Projek ‘Death Stranding’

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Fortnite Tambah Karakter ‘Uncharted’ Nathan Drake & Chloe Frazer

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee