Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Keanu Reeves Dedahkan Tajuk Filem Ketiga John Wick

Semasa ditemubual oleh laman hiburan Comingsoon.netpelakon utama filem John Wick 3, Keanu Reeves telah mendedahkan tajuk filem lakonannya itu. Menurut pelakon tersebut, selain bertajuk ‘Chapter 3’, ianya juga bertajuk “Parabellum”

It’s both! “John Wick 3: Parabellum.” – Keanu Reeves

Pelakon itu juga turut menjelaskan makna disebalik tajuk tersebut iaitu ‘Bersedia untuk berperang’. Ia diambil dari sebahagian dari ayat “Si vis pacem, para bellum,” yang bermaksud “Jika anda inginkan keamanan, bersedia untuk berperang”

John Wick: Chapter 3 menyaksikan John Wick perlu melarikan diri dari pembunuh-pembunuh upahan seluruh dunia selepas perintah ‘Excommunicado’ dikeluarkan atas kesalahan melakukan pembunuhan didalam Hotel Continental.

Selain Keanu Reeves serta Halle Berry, filem ketiga ini turut dibintangi oleh Angelica Huston, Asia Kate Dillon, Mark Dacascos, Jason Mantzoukas, Yayan Ruhian, Cecep Arif Rahman, dan Tiger Hu Chen. Sementara itu pelakon Ian McShane, Common, Laurence Fishburne, Lance Reddick, dan Ruby Rose dijangkakan akan meneruskan watak mereka dari filem kedua. Hiroyuki Sanada (aktor dari filem Wolverine) dijangka akan membawakan watak penjahat utama kali ini.

Chad Stahelski kembali mengarahkan filem ini bersama-sama Derek Kolstad. Dijangkakan, John Wick: Chapter 3 akan ditayangkan diseluruh dunia pada 17 May 2019

Related posts

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Leave a Comment