Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Keanu Reeves, Carrie-Anne Moss Dan Lana Wachowski Kembali Dalam Matrix 4

Lana Wachowski dilaporkan akan kembali menulis dan mengarahkan filem keempat dalam “The Matrix” dengan Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss kembali memainkan peranan mereka sebagai Neo dan Trinity.

Warner Bros. Pictures dan Village Roadshow Pictures pula akan menerbitkan dan mengedarkan filem ini seluruh dunia. Pekara tersebut diumumkan oleh pengerusi Warner Bros. Picture Group, Toby Emmerich.





“Kami lebih teruja untuk memasuki semula ‘The Matrix’ dengan Lana,” kata Emmerich.

“Lana adalah seorang yang berwawasan sejati – pembuat filem kreatif tunggal dan asli – dan kami sangat gembira kerana dia menulis, mengarahkan dan menghasilkan bab baru dalam ‘Dunia Matrix’.”

Skrip fiem akan ditulis oleh Aleksandar Hemon dan David Mitchell. Wachowski juga dilaporkan bertindak selaku penerbit bersama-sama Grant Hill.

Trilogi Matrix yang terdiri daripada The Matrix,The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions telah berjaya meraih $1.6 billion dolar seluruh dunia. Ketiga-tiga filem tersebut ditulis dan diarahkan oleh Lana dan adiknya, Lilly Wachowski dan dibintangi Reeves dan Moss.

Setakat ini, plot filem Matrix 4 masih belum didedahkan kepada umum. Dijangkakan produksi akan bermula pada 2020.




Related posts

Jason Momoa Sertai Barisan Pelakon “Fast & Furious 10”

Kakimuvee

Matt Reeves Dedah Kenapa Dia Tolak Skrip Yang Ditulis Oleh Ben Affleck

Kakimuvee

Aksi Padat Mengejar $5 Billion Dalam Trailer Terakhir “Uncharted”

Kakimuvee

Viu Menggandakan Penerbitan Asli Untuk Asia

Kakimuvee

Bintang “Ant-Man 3” Evangeline Lilly Dikecam Kerana Menentang Mandat Vaksin

Kakimuvee

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee
Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman