Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Keanu Reeves memiliki banyak watak ikonik sepanjang kariernya sebagai pelakon. Salah satu daripada peranan yang pernah dimainkannya adalah John Constantine dalam filem tahun 2005 Constantine. Filem tersebut telah menjadi sangat popular di kalangan peminat buku komik, dan kini, pelakon itu berkata dia bersedia untuk mengulangi peranan tersebut. 

Bercakap dengan Esquire, Reeves ditanya sama ada dia pernah terfikir untuk kembali memainkan perana antihero DC Comics itu. Reeves meluangkan sedikit masa untuk bergurau tentang semua watak bernama John yang pernah dimainkannya sepanjang kariernya, dan mengakui bahawa dia suka untuk kembali meneruskan peranannya sebagai Constantine sekali lagi.


“Saya suka melakonkan Constantine. John Constantine,” kata Reeves. “Saya telah melakonkan banyak Johns. Berapa banyak John yang telah saya mainkan? saya pun tak tahu. Saya rasa sudah lebih sepuluh. Namun begitu, saya inginkan peluang untuk memainkan watak Constantine sekali lagi.”

Walaupun menerima ulasan bercampur-campur dari pengkritik selepas dilancarkan pada 2005, Constantine telah membina pengikutnya sendiri di kalangan peminat filem buku komik. Filem tersebut memberi fokus pada watak John Constantine, salah seorang ahli dunia Komik DC dan ahli sihir, yang menghabiskan hari-harinya bekerja sebagai detektif untuk semua perkara ghaib.

Buat masa ini tidak dipastikan sama ada DC dan Warner Bros. pernah merancang untuk mengembalikan watak itu dalam dunia sinematik. Namun apa yang pasti, Reeves tidak mempunyai masalah untuk melangkah kembali ke dunia paranormal. 

Related posts

Gambar “Enola Holmes 2” Goda Pandangan Pertama Filem Sekuel Netflix

Kakimuvee

Musim 3 One-Punch Man Telah Diumumkan

Kakimuvee

Trailer WEDNESDAY Goda Misteri, Kekacauan & Pembunuhan Untuk Siri Terbaru Netflix

Kakimuvee

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment