Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Keanu Reeves Berminat Sertai ‘John Wick: Chapter 5’, Jika Bab Seterusnya Dirancang


Sejak ditayangkan pada minggu lalu, John Wick: Chapter 4 segara mendapat sambutan hangat di box office dan menerima pujian dari penonton dan pengkritik. 

Populariti filem keempat banyak dibantu dari filem sebelumnya – John Wick: Chapter 3 – Parabellum, dimana Keanu Reeves ditanya ‘kenapa perlu membuat filem keempat’, dan dia juga mendedahkan bahawa dia tidak akan menolak untuk kembali untuk filem kelima.

Bercakap kepada Entertainment Weekly, Reeves ditanya tentang bagaimana perbincangan filem keempat berlaku. Walaupun penamat John Wick: Chapter 3 dibiarkan tergantung, Revees memberitahu bahawa dia dan pengarah Chad Stahelski masih perlu memikirkan ‘mengapa’ mereka perlu membuat filem keempat. 

“Perbincangan pertama kami adalah, ‘Kenapa? Kenapa perlu buat?’” kata Reeves. “Dan catatan di sebalik nota itu ialah, apa ceritanya? Dan bagi kami, apa yang autentik dan benar ialah perjalanan John Wick menuju kematian.”

“Itulah idea pertama; itulah sebab mengapa kami membuat filem itu. Itu, bagi kami, adalah cerita asli yang organik untuk diceritakan untuk watak John Wick dan dunia John Wick. Jadi itulah idea pertama, itulah yang akan kita lakukan. Baiklah, sekarang mari kita cipta cerita tentang bagaimana ia berlaku.”


Seperti yang disebut oleh Reeves, penghujung John Wick: Chapter 4 akhirnya menyaksikan pembunuh upahan itu tunduk kepada kematian selepas memperoleh kebebasannya dalam pertarungan akhir menentang rakannya, Caine (Donnie Yen).

Sudah tentu, walaupun watak Wick nampaknya telah meninggal dunia pada penghujung filem, Reeves berkata bahawa dia ‘tidak akan pernah mengatakan tidak’  tentang ke kembali ke francais untuk filem kelima.

“Saya tidak tahu, saya rasa saya perlu bersandar pada ‘jangan pernah katakan tidak,'” kata Reeves.

“Maksud saya, saya tidak akan membuat filem John Wick tanpa Chad Stahelski. Kita perlu melihat bagaimana perancangannya. Bagi saya, rasanya betul bahawa John Wick akhirnya mendapat ketenangan.”

John Wick: Chapter 4 kini sedang ditayangkan di pawagam.


Related posts

Pengarah ‘Platoon’ Oliver Stone Menganggap ‘John Wick 4’ Sebagai Menjijikkan.

Kakimuvee

Lionsgate Sedang Membangunkan Filem Kelima John Wick & Tiga Filem Spin Off

Kakimuvee

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Review Filem: John Wick: Chapter 4 (2023)

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee