Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kazuto Soon Pamer Bakat Lakonan Dalam Filem KL Wangan

kazuto-soon

Pelakon baru Kazuto Soon bakal memperlihatkan bakat lakonannya dalam filem terbaru arahan Pekin Ibrahim “KL Wangan”.

“Dalam filem itu, saya diberikan peranan sebagai jurulatih pemandu. Pengalaman saya di dalam arena Wangan yang bermaksud perlumbaan drift malam di Jepun membuatkan Pekin berminat untuk bekerjasama dengan saya.

“Apabila mendapat skrip daripada Pekin, saya dapati jalan cerita filem ini banyak menyentuh pengalaman masa lampau,” katanya kepada Sinar Harian.

Biarpun bakal muncul dengan filem pertamanya, Kazuto sebenarnya sudah terlibat dengan dunia lakonan sejak beberapa tahun lalu berikutan itu dia meletak harapan tinggi terhadap dirinya.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai pengalamannya sepanjang menjalani penggambaran filem itu Kazuto mengakui berdepan kesukaran dalam melontarkan dialog.

Bagaimanapun kesukaran itu perlahan-lahan hilang selepas mendapat tunjuk ajar daripada Pekin sendiri.

Sementara itu, selepas filem “KL Wangan” Kazuto mahu terus mengembangkan kerjaya lakonannya dan bersedia untuk menggalas apa sahaja watak.

Menurutnya, sebagai seorang pelakon dia perlu mencabar diri untuk melakonkan pelbagai watak supaya boleh menjadi pelakon serba boleh.

Untuk merealisasikan hasratnya itu dia kini mula menuntut ilmu lakonan daripadan Pekin yang dianggapnya sebagai guru lakonan.

Sumber: Sinar Harian

Related posts

“THE BEATLES: GET BACK” To Debut Exclusively On Disney+ Hotstar

Isqandar

HBO MAX’S FEATURE FILM NO SUDDEN MOVE PREMIERES JULY 1 EXCLUSIVELY ON HBO GO

Kakimuvee

Bintang ‘Mortal Kombat’, Hiroyuki Sanada Sertai ‘John Wick 4’

Kakimuvee

Snake Eyes: Paramount Lancar Video Teaser Setiap Karakter

Kakimuvee

Amazon Prime Video Lancar Trailer Terakhir “The Tomorrow War”

Kakimuvee

James Gunn Sahkan Durasi The Suicide Squad

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating