Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

IT Kaut $51 Juta Dolar, Atasi Beberapa Rekod Filem Sebelum Ini.

Filem seram thriller yang menampilkan badut yang menakutkan, IT telah mencipta beberapa kejutan pada minggu pembukaan apabila berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak $51 juta dolar, kutipan tertinggi bagi bulan September, mengatasi rekod kutipan tiket filem animasiĀ Hotel Transylvania 2Ā yang mengutip sebanyak $48.5 juta pada minggu pertama bulan September.

Kutipan minggu pertama ini juga merupakan kutipan tertinggi buat studio pengeluar, New Line Cinema. Selain itu juga, semasa sesi pra-tonton pada Khamis yang lalu,Ā ITĀ berjaya mengutip $13.5 juta pada tayangan tersebut, mengatasi rekod R-RatedĀ DeadpoolĀ yang mengaut $12.7 juta semasa pra-tonton filem berkenaan.

Selain itu juga,Ā ITĀ menjadi filem R-Rated paling banyak ditayangkan di pawagam iaitu sebanyakĀ 4,103 panggung wayang di seluruh negara Amerika Syarikat itu.

Sementara itu, untuk pasaran antarabangsa,Ā ITĀ berjaya mengutip sebanyak $25.7 juta dolar dengan ditayangkan di 46 buah negara.

Filem yang diarahkan oleh Andrés Muschietti adalah adaptasi dari Novel IT karya novelis terkenal Stephen King dan mengisahkan Badut Pennywise yang telah mengganas di pekan kecil bernama Derry sejak berabad yang lalu dan sekumpulan kanak-kanak yang cuba menentang dan menumpaskan entiti jahat tersebut.

IT Ā diklasfikasikan sebagai 18 dan kini sedang ditayangkan diseluruh pawagam tanah air.Ā 

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment