
Walaupun terdapat filem tempat yang menunjukkan prestasi luarbiasa, baik di pasaran tempatan atau mendapat penerimaan penonton luar negara, masih terdapat lagi filem yang bukan sahaja mendapat kritikan teruk dari penonton, malah mencatatkan kutipan yang sangat memalukan.
Kejayaan komersial Mat Kilau, Polis Evo 3 membuktikan bahawa penonton sanggup keluar menonton filem tempatan di pawagam.
Promosi sudah tentu mainkan peranan penting dalam memperkenalkan sesuatu filem kepada potensi penonton, namun dengan promosi yang ‘kelaut’ dan prospek jalan cerita yang boleh dijangka teruk oleh penonton, menjadi faktor kenapa beberapa filem tempatan tersungkur di pawagam pada hari pertama tayangannya.
Menurut perkongsian dari Twitter Filem Kita, dua filem tempatan terbaru, Kau Pilih Siapa dan Vik2Ria Secret hanya mengutip dibawah RM10 ribu setelah dua minggu ditayangkan. Dimanakah silapnya? ada kekurangan promosi sehingga penonton tidak sedar akan kewujudan kedua-dua filem ini, atau penonton sudah muak dengan kualiti ‘asal boleh’?
lebih merugikan, salah satu filem tersebut menggunakan dana Finas berjumlah setengah juta ringgit, jumlah yang perlu dipantau pihak berkenaan agar dana tersebut (baca duit rakyat) disalahguna oleh rumah produksi yang mengeluarkan produk yang tidak setimpal dengan dana yang diberi.
Kau Pilih Siapa, filem komedi arahan Dato Athy dan Saifullah Khaisas menjadi antara filem tempatan dengan kutipan terendah tahun ini, dengan mengutip RM6 ribu, hanya diatas filem bawah dengan kutipan terendah, iaitu Kaaval the Movie, yang mengutip RM4 ribu.
Sementara filem Vik2Ria Secret, arahan A.R. Badul, mengutip RM5 ribu berbanding dana yang diperolehi sebanyak RM550 ribu.
Dengan angka terbaru ini, filem dari Sabah, Tribesman tidak lagi menduduki tangga terbawah kutipan filem tempatan 2023. Dan bukan itu sahaja, ini menunjukkan produksi dari Borneo itu jauh lebih baik dari dua rumah produksi filem Vik2Ria Secret dan Kau Pilih Siapa.
#Vik2RiaSecret selesai tayang 2 minggu di pawagam Malaysia.
— FILEMKITA (@FilemKita) July 14, 2023
Kutipan jualan tiket: RM5,058.90
Jumlah penonton: 346
Kos pembikinan: RM1.05 juta
Dana diterima daripada Finas: RM550,000 pic.twitter.com/hD3bjoTTjN
Updated:
— FILEMKITA (@FilemKita) July 14, 2023
Kutipan akhir #KauPilihSiapa = RM6,030.00 (396 penonton)
Jadi, kutipan filem 2023 paling rendah masih lagi #KaavalTheMovie = RM4,016.65 (286 penonton) https://t.co/JewpinqS8i