Berita

Karya Promosi Wonder Woman 1984 Yang Agak “Style” Dengan Gaya 80an!

Views

Trailer pertama Wonder Woman 1984 dijangka akan dilancarkan semasa konvensyen CCXP Sabtu ini, dan terdapat kemungkinan ianya akan dipertontonkan kepada peminat seluruh dunia sebaik sahaja ia dilancarkan.

Sementara menantikan trailer tersebut, beberapa karya promosi filem adaptasi komik DC itu telah mula tersebar di laman sosial dan juga Internet. Lebih menarik, karya yang dipengaruhi suasana era 80an itu turut memaparkan Diana Prince mengenakan kostum klasiknya termasuklah armor Golden Eagle dan juga helmet. Anda boleh saksikan karya promosi tersebut dibawah.

Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan bersama-sama Gal Gadot yang meneruskan wataknya sebagai Diana / Wonder Woman.

Filem kedua ini juga bakal menampilkan Kristen Wigg sebagai Barbara Ann Minerva / Cheetah, Connie Nielsen sebagai Hippolyta dan Robin Wright sebagai Antiope. Pelakon-pelakon lain terdiri daripada Pedro Pascal, Natasha Rothwell, Ravi Patel, Gabriella Wilde, Kristoffer Polaha dan Chris Pine yang akan meneruskan wataknya sebagai Steve Trevor.

Jenkins turut menerbitkan filem ini bersama-sama Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Stephen Jones, dan Gal Gadot.

BACA:  James Wan Sahkan Tiada Ahli Justice League Dalam Filem Aquaman

Wonder Woman 1984 bakal menemui penonton pada 5 Jun 2020

OTHER: T-shirt (CCXP official merchandise) reveals the helmet of the new Wonder Woman armor from r/DC_Cinematic

Tinggalkan Balasan

shares