Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Karya Lat, Kampung Boy Akan ke Layar Perak

Selepas diangkat ke siri televisyen dan juga ke pentas muzikal, kini karya kartunis Lat berjudul Kampung Boy akan diangkat ke layar perak pula. Lebih menarik, ia akan diarahkan oleh pengarah dari Perancis.

Menurut laman Cinemaonline, Lat atau nama sebenar Datuk Mohammad Nor Khalid menyatakan yang beliau begitu teruja dapat bekerjasama dengan pengarah tersebut dia pernah menonton filem arahan pengarah itu yang berkisarkan tentang kehidupan kanak-kanak Vietnam pada tahun 50an.

“Ada ramai kawan-kawan orang filem yang berminat mengadaptasikan karya saya kepada filem dalam bentuk kehidupan sebenar. Saya kata, cukuplah, saya sudah letih berbual mengenai Kampung Boy. Tetapi apabila menerima tawaran pengarah dari Eropah yang ingin memfilemkannya, terpaksalah saya berbincang,” ujar kartunis berkenaan kepada Utusan Online.

Kartunis Lat mendedahkan, beliau tertarik dengan tawaran itu adalah kerana terdapat pihak produksi yang mahu mengetengahkan kebudayaan dan kehidupan Melayu di kampung, dan Malaysia, yang mana orang luar negara tidak tahu mengenainya.

Kepada yang pernah membaca komik atau menonton siri televisyen Kampung Boy, apa pendapat anda sekiranya filem ini berjaya direalisasikan?

Sumber: Cinema Online

Related posts

Drama Terbaru Viu Original, Hilang, Ketengahkan Elemen Seram & Mendebarkan

Kakimuvee

SPOTV Akan Menyiarkan “All Elite Wrestling” Secara Ekslusif Di Malaysia

Kakimuvee

Penampilan Sulung Nazim Othman Dalam Siri Komedi Pertama & Ruhainies Dengan Loghat Pulau Pinang Aslinya Dalam “Sorry Naik Lori”

Kakimuvee

Mechamato Berada Di Ranking Ke-11 Daripada 100 Karya Anime Terbaik

Kakimuvee

Perdamaian Perceraian Menerusi ‘Cina Buta’, Akan Mula Tayangan Pada 9 November Ini

Kakimuvee

Kisah Seorang Gangster Yang Terpaksa Menjaga Dua Kanak-Kanak Dalam Filem “Daddyku Gangster”

Kakimuvee

Leave a Comment