Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Karl Urban Mungkin Kembali Membawakan Watak Dredd, Tapi ..

Walaupun filem reboot Dredd yang diterbitkan pada tahun 2012 mendapat respon yang cukup baik dari penonton mahupun peminat, tetapi disebabkan tidak mendapat keuntungan dari segi penyiaran filem, sekuel Dredd yang dinantikan oleh peminat tidak dapat dihasilkan kerana khuatir pulangannya akan sama seperti filem pertama.

Bagaimanapun, bagi memenuhi permintaan peminat yang mahukan sekuel Dredd dihasilkan, Rebellion Development yang merupakan syarikat pembangun permainan video berminat untuk hasilkan tv siri Dredd yang berjudul Mega City One. Perkembangan terbaru itu mendorong kepada khabar angin aktor Karl Urban yang membawakan watak Judge Dredd dalam filem tersebut akan kembali membawakan wataknya itu.

Dalam temubualnya baru-baru ini, Karl Urban mendedahkan yang beliau telah beberapa kali berbincang dengan syarikat produksi untuk kembali membawakan watak tersebut, dan beliau juga menyatakan turut berminat untuk berlakon dalam siri tv Mega City One itu.

Rebellion, who owns the rights to Judge Dredd, are currently developing a television series called Mega-City One, and I’ve had many discussions with them about my involvement of which I am interested, and I said to them, ‘listen, if you write a character that has a function and a purpose and contributes to the overall story, then I might be very interested in reprising that role’”.

Jika tiada masalah, Karl Urban dijangka akan kembali membawakan watak Dredd dan siri berkenaan dijangka akan memulakan pengambaran pada tahun hadapan dan bakal ditayangkan pada tahun 2019.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment