Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Karl Urban Kongsi Pengalaman Sebagai Stormtrooper Dalam Filem Star Wars: The Rise Of Skywalker


Filem-filem Star Wars banyak menampilkan cameo dari bintang-bintang popular Hollywood, dan kebanyakkan mereka tidak dikenalipasti peminat kerana penampilan mereka kebanyakan berselindung di sebalik kostum Stormtroopers.

Daniel Craig, dan Tom Hardy merupakan antara selebriti popular yang menjadi Stormtroopers. Craig muncul sebagai cameo dalam filem The Force Awakens, manakala Hardy dalam filem The Last Jedi. 

Terbaru, seorang lagi bintang popular Hollywood mendedahkan pengalamannya sebagai Stormtroopers dalam filem Star Wars. 

Ketika mempromosikan siri televisyen The Boys musim kedua, Karl Urban telah kongsikan kepada peminat babak ‘cameo’nya sebagai Stormtrooper dalam filem Star Wars: The Rise of Skywalker. 

Babak yang menampilkan Urban adalah semasa dua stormtroopers melihat Knight of Ren melewati mereka di sebuah laluan. Babak tersebut berjaya masuk dalam suntingan asal, dan peminat boleh mendengar Karl Urban mengucapkan dialog “Knights of Ren.”


Selain itu juga, Karl Urban turut kongsikan bagaimana dia terlibat dalam filem The Rise of Skywalker. 

“Saya melawat J.J. Abrams semasa penggambaran ‘The Rise of Skywalker, dan saya bernasib baik.”

“Ketika saya berada disana, dia memberikan kepada saya uniform stormtroopers dan kami menikmati hari yang menyeronokkan di lokasi penggambaran.”.

Abrams dan Urban mempunyai hubungan kerja yang baik, dan kedua-duannya pernah bekerjasama dalam filem Star Trek dan Star Trek Into Darkness. 


Related posts

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

‘Star Wars: Ahsoka’ Akan Dilancarkan Di Disney+ Hotstar Pada 23 Ogos Ini

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee