Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3


Terdapat banyak keterujaan setelah James Gunn kembali ke Marvel Cinematic Universe. Sementara kita akan melihat anggota Guardians dalam Thor: Love and Thunder, terserah kepada pengarah The Suicide Squad itu untuk memberikan kembali perhatiannya kepada pasukan superhero galaksi dalam Guardians of the Galaxy Vol. 3.

Memandangkan Guardians of the Galaxy Vol. 3 ditetapkan selepas peristiwa Avengers: Endgame, James Gunn mempunyai banyak cara untuk merencanakan plot dalam filemnya yang akan datang, termasuklah bagaimana menangani karakter baru Gamora, dan perasaan Nebula setelah kehilangan kakak asalnya. 

Semasa wawancara baru-baru ini dengan Yahoo Entertainment, pelakon Karen Gillan telah kongsikan pengalamannya selepas membaca skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang ditulis oleh Gunn. 

“Kami membacanya di sebuah bilik bersama-sama, dan kemudian saling memandang dan kami menitiskan air mata,” kata pelakon yang berasal dari Scotland itu. 

“Anda akan mengentahui dengan lebih banyak lagi mengenai watak yang ada dan pada tahap yang lebih dalam. Saya sangat teruja untuk meneroka kisah Nebula, pasca-Thanos.”


Sebelum ini, Gunn pernah menggambarkan bahawa filem ketiga Guardians of the Galaxy akan menyimpulkan kisah pasukan adiwira galaksi ini. Walaupun terdapat khabar angin dan spekluasi mengenai watak yang akan dimatikan, kisah dalam filem yang akan datang pasti dinantikan-nantikan peminat, terutamanya ketika peminat ingin mengentahui bagaimana pasukan Guardians menamatkan penggembaraannya di MCU.

Tarikh penggambaran buat masa ini masih belum diketahui, tetapi dijangka akan bermula pada 2022. Disney dan Marvel Studios telah menetapkan tarikh tayangan Guardians of the Galaxy Vol. 3 iaitu pada 5 Mei 2023, manakala sebuah filem istimewa, The Guardians of the Galaxy Holiday Special, akan menemui penonton pada Disember 2022. 

Strim Guardians of the Galaxy Vol. 2

Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee