Berita

Karen Gillan Bakal Bawa Watak Utama Dalam Filem Reboot PIRATES OF THE CARIBBEAN?

Views

Status francais Pirates of the Caribbean masih lagi tidak diketahui, sama ada akan diteruskan atau dihasilkan semula. Tetapi terdapat ura-ura bahawa Disney mungkin merancang untuk ‘reboot’ francais yang bernilai berbillion dolar itu.

Menurut sumber The Disinsider, Disney kini sedang mencari pelakon-pelakon baru untuk membintangi filem reboot Pirates of the Caribbean, dan antara yang sedang ‘diperhatikan’ studio terbabit adalah bintang Avengers: Endgame, Karen Gillan. Gillan dikaitkan dengan watak Redd – karakter popular di taman tema Disney – dan akan menjadi salah satu karakter utama dalam filem reboot itu.

Laman itu juga menyatakan bahawa Johnny Depp mungkin tidak akan meneruskan karakter popularnya, Captain Jack Sparrow.

Apapun, laporan dari The Disinsider masih lagi dianggap khabar angin kerana masih lagi tiada perkembangan baru mengenai Pirates of the Caribbean dari pihak studio.

Setakat ini, Disney hanya menawarkan perancangan filem terbaru Pirates of the Caribbean, tetapi tidak menjelaskan status sama ada diteruskan atau reboot. Pencipta Chernobyl, Craig Mazin dan Ted Elliot dilaporkan sedang merancang skrip untuk filem terbaru, manakala Jerry Bruckheimer dan Chad Oman akan beritndak selaku penerbit.

BACA:  Sekuel Live-Action TRANSFORMERS Dapat Tarikh Tayangan; Mungkin BUMBLEBEE 2 Atau Spinoff BEAST WARS

Jadi kepada para peminat Pirates of the Caribbean, apa pendapat anda, adakah francais ini diteruskan atau dihasilkan semula dengan barisan pelakon yang baru. Kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Tinggalkan Balasan

shares