Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Karakter Venom Mungkin Tidak Banyak Ditunjukkan Dalam Filem


Sepertimana dalam filem-filem adaptasi komik superhero, peminat mengharapkan karakter utama dalam filem tersebut akan banyak membuat kemunculan, seiring dengan dengan nama sesebuah filem tersebut.

VenomĀ misalnya, walaupun baru ditunjukkan trailer filem, rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan trailer yang dikeluarkan oleh filem terbitan Sony itu. Manakan tidak, dalam trailer tersebut, tidak langsung ditunjukan karakter Venom meskipun filem tersebut adalah berkenaan karakter antihero terkenal dalam dunia Spider-verse.

Kini terdapat khabar angin mengatakan, filemĀ VenomĀ mungkin tidak akan menunjukkan banyak karakterĀ VenomĀ melainkan watak Eddie Brock sahaja. Menurut laporan dari laman webĀ comicbookmovie.com,Ā Eddie Brock mungkin hanya menunjukkan transformasinya sebagai Venom sewaktu penghujung filem iaitu semasa menentang musuhnya.

Setakat ini ianya masih peringkat khabar angin, kita hanya mampu menunggu sehingga filem tersebut ditayangkan ataupun setidak-tidaknya trailer kedua untuk melihat sejauh mana karakter Venom akan ditunjukkan dalam filem antihero itu


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Filem-Filem Spider-Man & Venom Akan Tersedia Di Disney+ Hotstar Pada Bulan Ini

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Poster Karakter ā€œVenom: Let There Be Carnageā€ Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee