Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Karakter Kucing Hello Kitty Akan Ke Layar Perak!

Karakter kucing popular Hello Kitty bakal ke layar perak tidak lama lagi. Menurut laporan dari animemojo.com, pihak studio telahpun mengambil penulis skrip Lindsay Beer untuk menulis skrip filem ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada filem ini akan dibuat seperti filem Detective Pikachu atau animasi sepenuhnya.

Hello Kitty telah lama dirancang syarikat dari Jepun, Sanrio sejak 2015, tetapi tiada perkembangan mengenai filem ini sejak dari itu. Syarikat New Line Cinema dan Flynn Picture Company akan bertindak selaku penerbit serta pengedar dan difahamkan filem Hello Kitty akan dibuat dalam versi bahasa Inggeris dan ditayangkan diseluruh dunia.

Lindsay Beer bukan calang-calang penulis skrip, beliau sebelum ini terlibat dalam pembikinan filem Transformers: The Last Knight, Star Trek dan dunia Monsterverse terbitan Legendary. Beliau juga terlibat dalam filem akan datang seperti Master of the Universe terbitan Sony, Walking and the Kingkiller Chronicles terbitan Lionsgate dan spin-off Fast and Furious yang bakal menampilkan karakter wanita.

Setakat ini tiada tarikh tayangan filem Hello Kitty ditetapkan pihak studio.

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment