Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Karakter Klasik Marvel Mungkin Akan Diperkenalkan Dalam Doctor Strange 2?

Setiap filem-filem terbaru Marvel, para peminat sentiasa menantikan watak-watak baru yang bakal diperkenalkan dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem sekuel Doctor Strange in the Multiverse of Madness misalnya katakan bakal memperkenalkan beberapa watak baru termasuklah Nightmare, Blade, Ghost Rider dan ramai lagi.

Namun menurut Presiden Marvel Studios, Kevin Feige (via Comingsoon.net), peminat boleh meneka seberapa banyak karakter yang bakal diperkenalkan ke MCU, tetapi akhirnya peminat akan terkejut dengan karakter yang tidak dijangka.

Ketika bercakap kepada para pelajar di New York Film Academy, Feige menjelaskan bagaimana pemilihan watak dibuat olehnya serta pasukan kreatif samada melalui perbincangan atau semasa dalam fasa penulisan skrip.

Sometimes you’re choosing title hero, choosing which main character or main team you want to bring to the screen and often times, it’s as you’re making and developing the movie [asking] ‘Who will come into it?’ and ‘Who will fit into it’?

“The next Doctor Strange film, for instance, features some new MCU characters which will be making their debut in that movie you won’t expect or won’t guess who it is but we found a cool way to make it work because we want to make a particular type of movie there. And there was a character who we always wanted to do something with who will fit really well there.”

Setakat ini, watak-watak supernatural Marvel seperti Brother Voodoo, Clea, Blade, Dracula (dari komik Tomb of Dracula), Werewolf by Night, Man-Thing, Ghost Rider, dan Nightmare telah menjadi antara watak yang dikaitkan dengan filem sekual Doctor Strange. Agaknya watak mana yang bakal diperkenalkan? kongsikan pendapat anda.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan ditayangkan pada 7 Mei 2021.

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment