Rogue One: A Star Wars Story mula mendapat positif review dari penonton terutamanya dari peminat-peminat filem Star Wars. Filem spin off ini dikatakan sangat sempurna dari segi plot dan karakter agar ianya seiring dengan filem asalĀ Star Wars: A New Hope.Ā
Salah satu kejayaan filem Rogue One ini adalah disebabkan penampilan karakter yang ditunjukkan dalam filem ini, dari karakter-karakter baru sehinggalah karakter-karakter lama yang cukup familiar bagi peminat Star Wars. Disini kami ingin kongsikan info-info menarik mengenai karakter-karakter utama dan juga beberapa karakter pembantu agar anda dapat memahami dengan lebih detail mengenai filemĀ Rogue One.
Artikel ini mengandungi spoiler untuk filemĀ Rogue One: A Star Wars Story
Skuad Rogue One
1 Jyn Erso
Jyn Erso (Felicity Jones) adalah hero dalam skuad khas Rogue One. Anak kepada Galen Erso, saintis Imperial yang mencipta Death Star. Keluarga Jyn telah diperlakukan dengan kejam oleh tentera Empire dengan emaknya, Lyra Erso dibunuh oleh Stormtrooper dihadapan matanya sendiri dan ayahnya dipaksa untuk bekerja dalam projek Death Star.
Jyn Erso seorang yang berdikari dan pejuang yang sangat aggresif. Dia pada mulanya enggan menyertai pasukan tentera Rebellion, namun menukar fikiranya apabila melihat mesej hologram ayahnya dan menyedari betapa bahayanya Death Star.
Jyn kemudian bekerjasama dengan Captain Cassian Andor untuk mencuri Pelan tersebut dari pengkalan tentera Imperial, Scarif.
2.Ā Captain Cassian Andor
Captain Cassian Andor adalah pegawai tentera Rebellion yang pakar dalam penyamaran dan perisikan. Cassian mula menyertai Rebellion pada umur 6 tahun selepas kematian orang yang disayanginya (tidak dinyatakan dengan jelas dalam filem). Cassian telah menunjukan sisi jahat pasukan Rebellion apabila membunuh pemberi maklumat dari membiarkannya dari ditangkap tentera Imperial.
Captain Cassian Andor menggunakan Jyn Erso untuk menjejak ayahnya dan kemudian diarahkan untuk membunuh Galen Erso. Ini bagi mengagalkan rancangan Empire membina Death Star. Namun, Cassian mengingkari misi setelah dia mendapat maklumat penting dari Jyn tentang bapanya dan juga mengenai Death Star yang telah siap.
Cassian juga mengingkari arahan untuk tidak menjalankan misi mencuri Pelan Death Star dengan menyertai Jyn untuk mencuri pelan tersebut. Cassian bersama-sama beberapa tentera Rebellion kemudian menjalankan misi tersebut walaupun tahu ia merupakan misi berani mati.
3. K-2SO
K-2SO (Suara oleh Alan Tudyk). Droid ini adalah droid Imperial yang telah diprogram semula untuk menyertai pasukan Rebellion. Dia bekerja dengan Captain Cassian Andor. Droid ini kadang kala sangat sarkastik, suka membuat lawak dan menilai seseorang.
K-2SO sangat merbahaya samada dia memiliki senjata ataupun tidak. Semasa di Scarif, dia mengorbankn dirinya bagi memberi masa kepada Jyn dan Cassian untuk mendapatkan maklumat Pelan Death Star.
4. Chirrut Imwe
Chirrut Imwe (Donnie Yen) adalah Guadian of the Whills yang menjaga Jedi Temple di Jedha. Selepas Imperial Forces menakluki Jedha dan memusnahkan Jedi Temple, dia bersama rakannya Baze Malbus tinggal di bandar tersebut dengan mengalami kesukaran untuk dihidup disana. Walapun Chirrut bukanlah seorang Jedi, tetapi dia percaya kepada semangat Force. Dia juga buta tetapi mampu bertarung dengan menggunakan deria pendengaran.
Chirrut dan Baze membantu Jyn dan Cassian di Jedha dan menjadi ahli utama dalam Rebel One trup dalam misi mereka di Eadu dan Scarif.
5. Baze Malbus
Baze Malbus (Jiang Wen) adalah rakan dan pelindung Chirrut Imwe. Seperti Chirrut, dia adalah ahli kepadaĀ Guadian of the Whills yang menjaga Jedi Temple di Jedha. Ā Baze tidak mempercayai kepada semangat Force, namun dia tetap setia menjaga keselamatan Chirrut Imwe.
Baze lebih mempercayai senjata dari semangat Force, namun presepsi dia terhadap semangat Force berubah apabila rakannya, Chirrut mati di Scarif. Dia berulang kali menyebut matraĀ āI am the Force and the Force is with me,ā semasa bertempur dengan Imperial Death Troopers di Scarif sebelum mati akibat letupan bom tangan.
6. Bodhi Rook
Bodhi Rook (Riz Ahmed) merupakan juruterbang kapal kargo Imperial yang berpaling tadah kepada pasukan Rebellion. Dia mempunyai maklumat dari Galen Erso mengenai Death Star dan cuba menyerahkan maklumat tersebut kepada Saw Gerrera, namun Bodhi ditangkap dan dijadikan tahanan oleh Saw dan diseksa kerana Saw menganggap Bodhi cuba menipu dan memerangkapnya.
Bodhi kemudian diselamatkan oleh Jyn dan Cassian sebelum menyertai mereka dalam misi mencuri Death Star. Call Sign Rogue One diucap oleh juruterbang ini semasa mereka ingin berlepas ke Scarif dari pengkalan Rebellion.
Tentera Rebel
Beberapa tentera pemberontak menawarkan diri untuk menyertai Jyn Erso dan Captain Cassian Andor dalam pertempuran di Scarif. Mereka menyertai misi berani mati ini tanpa kebenaran pemerintah tertinggi Pasukan Pemberontak. Ini disebabkan mereka rasa bertanggungjawab untuk menghalang Death Star dalam apa jua cara sekali pun.
Mereka mengentahui nasib mereka semasa menyertai misi ini, walaupun berjaya, kesemuanya terbunuh apabila Grand Moff Tarkin menggunakan senjata dari Death Star untuk memusnahkan Pengkalan Scarif.
Antara tentera Rebel yang terlibat adalah Bistan (a Iakaru gunner), Pao (a Drabata Comando, Gambar diatas) dan Ruescott Meshi (human Commando, yang menyelamatkan Jyn Erso dari kem buruh paksa di Wobani)
The Rebel: Mon Mothma dan Pegawai tertinggiĀ Pasukan Pemberontak Ā (The Alliance)
Mon Mothma
Mon Mothma ada ketua kepada pasukan Alliance yang mahu mengembalikan Republic dari cengkaman Empire. Dia bersama Senator Bail Organa telah membentuk Alliance (Pasukan pemberontak) dan kekal sebagai ketua sehingga kemusnahana Death Star kedua (Star Wars: Return Of Jedi).Ā
Mon Mothma bersama Bail Organa menyokong cadangan Jyn Erso untuk mencuri pelan Death Star dan menyarankan pasukan pemberontak memusnahkan senjata musuh dengan apa jua cara pun. Walapun tidak mendapat sokongan ketua-ketua yang lain, dia berjaya menghantar bantuan apabila mengentahui sepasukan kecil tentera pemberontak sedang bertempur di Scarif.
Senator Bail Organa
Senator Bail OrganaĀ (Jimmy Smits) adalah bapa angkat kepada Princess Leia. Dia juga merupakan salah seorang ketua pemberontak. Walaupun menyokong cadangan Jyn Erso dalam filem ini, dia tidak mampu untuk mempengaruhi ketua-ketua yang lain untuk menjalankan misi menghapuskan Death Star.
Dalam filem Rogue One, Penampilan terakhir Bail Organa, dia menyatakan ingin kembali ke Alderaan. Dia berada di planet ituĀ semasa Grand Moff Tarkin mengarahkan Death Star memusnahkan planet tersebut dalam filemĀ A New Hope.
Admiral Raddus & General Dodanna
Admiral Raddus adalah ketua tentera Rebellion yang menghulurkan bantuan apabila mengentahui serangan pasukan Rogue One di pengkalan Scarif. Dia tiba di pengkalan tersebut dan mengetuai tentera pemberontak bertempur dengan angkatan Imperial.
General Dodanna muncul dalam filem ini di pengkalan tentera Yavin IV. Dia adalah individu yang memberi penerangan ringkas kepada X-Wings Pilot dalam filem A New Hope dengan menunjukan blue print Death Star yang berjaya dicuri dalam filem Rogue One
General Draven
Ketua komander kepada Captain Cassian Andor danĀ juga ketua perisikan dalam angkatan tentera Rebellion. Dia sanggup melakukan apa saja dalam melindungi pasukan Rebellion termasuk membunuh individu-individu baik yang mampu mendedahkan pasukan pemberontak. Dia juga yang mengarahkan Captain Cassian untuk menjalankan misi membunuh Galen Erso.
Saw GerreraĀ
Saw GerreraĀ (Forest Whitaker) adalah pemberontak ektremis yang berperang dengan Galactic Empire. Saw merupakan rakan kepada Galen Erso dan membantu membesarkan anaknya, Jyn Erso selepas Galen ditangkap oleh tentera Imperial. Namun dia meninggalkan Jyn semasa Jyn berumur 16 tahun kerana beberapa rakan exktremis mahu menggunakannya sebagai tebusan dan mengumpan pasukan Imperial setelah mereka mengentahui Jyn adalah anak kepada Saintis Empire, Galen Erso.
Dia pernah bersama-sama dengan pasukan Rebellion sebelum disisihkan kerana sifatnya yang terlampau extremis dan enggan menurut arahan pemerintah.
Saw mengentuai tentera pemisah di Planet Jedha dan menggunakan taktik gerilla dalam menetang pasukan Imperial. Tidak disukai oleh tentera Imperial dan juga Pasukan Rebel Alliance
Director Orson Krennic
Director Orson Krennic (Ben Mendelsohn) merupakan antagonis utama dalam filemĀ Rogue One. Pengarah dalam Division Penyelidikan Senjata Tentera Imperial semasa perang galaksi. Dia juga merupakan ketua sekuriti bagi projek Death Star dan komander kepada skuad death troopers. Orson dan Galen merupakan rakan sebelum perang galaksi, kemudia, dia menggunakan Galen untuk projek pembinaan Death Star demi kepentingan dirinya.
Galen Erso
Galen Erso adalah ayah kepada Jyn Erso. Dia merupakan saintis Imperial yang menemui potensi Kyber Crystal. Kristal tersebut digunakan sebagai untuk membuat pedang Jedi. Apabila mengentahui potensi kristal tersebut yang boleh digunakan untuk membuat senjata pemusnah, Galen melarikan diri dari Empire bersama-sama keluarganya kerana tidak mahu terlibat dengan projek tersebut.
Namun dia ditemui oleh Krennic dan ditangkap untuk memeruskan Projek Death Star. Isterinya telah mati dibunuh oleh Death Trooper manakala anaknya melarikan diri dan dibesarkan oleh rakannya iaitu Saw Gerrera.
Bagi menebus kesilapannya, Galen telah mendedahkan kelemahan Death Star dan telah memberikan maklumat kepada salah seorang Juruterbang Imperial, iaitu Bodhi Rook dan membawa maklumat tersebut kepada rakan baiknya Saw Gerrera. Pihak pemberontak yang mengentahui pekara tersebut, telah mencari pembelot tersebut (melalui Jyn dan Captain Cassian) dan menyelamatkan Bodhi dari Saw yang pada waktu telah menjadi extremist.
Maklumat dari Galen telah mendorong pasukan Rogue One menjalankan misi berani mati ini.
Grand Moff Wilhuff Tarkin
Grand Moff Wilhuff Tarkin (CGI Peter Cushing) adalah salah seorang komandar tentera Imperial dan juga komander untuk senjata Death Star dalam filem A New Hope. Dalam filem Rogue One tidak mempercayai potensi Death Star, namun setelah melihat bandar Jedha dimusnahkan oleh senjata tersebut, dia telah memberitahu Krennic yang mengambil alih senjata tersebut. Tindakan Tarkin menyebabkan Krennic berang dan menyebabkan mereka berdua bermusuhan.
Di penghujung filem, Tarkin mengarahkan pengkalan Scarif dimusnahkan yang menyebabkan semua ahli Rogue One terbunuh termasuklah Jyn dan Captain Cassian begitu juga Krennic
Darth Vader
Tak perlu diceritakan lagi, pasti ramai yang tahu mengenai Darth Vader, penjahat utama dalam original trilogi Star Wars dan juga merupakan seorang bekas Jedi dan juga perintis Sith. Dalam filem ini, Darth Vader memegang watak cameo, seorang yang tidak suka dibodek dan sangat kejam. Dalam scene Krennic berjumpa dengan Darth Vader, Vader telah mencekik Krennic kerana sikapnya yang terlampau optimistik. Dia juga menujukan sifat kejam semasa menyerang krew kapal angkasa pemberontak.
Kemunculan Darth Vader dalam filem ini telah mengembirakan banyak peminat-peminat Star Wars yang sudah lama tidak melihat aksinya.