Trivia

Karakter-Karakter Marvel Yang Terbunuh, Siapa dan Apa Yang Menyebabkan Mereka Mati

Views

Sudah lama kami tidak mengeluarkan trivia mengenai karakter-karakter superhero Marvel. Kali ini kami ingin kongsikan beberapa karakter utama The Avengers yang terbunuh dan bagaimana mereka mati ditangan musuh mahupun rakan mereka sendiri.

Walaupun mereka mempunyai abiliti dah kuasa yang luar biasa, ia tidak menghalang maut untuk menjemput mereka. Mari kita tengok siapakah karakter Marvel atau The Avengers khususnya yang telah mati (berdasarkan siri-siri komik Marvel).

Captain America

Walaupun dia merupakan supersoldier, Captain America juga tidak mampu untuk melarikan diri dari maut. Selepas event Civil War, Captain America telah ditangkap dan ditahan oleh S.H.E.I.L.D. Ini memudahkan musuhnya, Red Skull untuk menghapuskannya. Red Skull telah mengarahkan Crossbone untuk menembak kearah Captain America yang sedang digari oleh anggota S.H.E.I.L.D dan lebih menyedihkan, kekasihnya sendiri, Sharon Carter yang menamatkan riwayat Captain America dengan memberikan satu tembakan yang membawa maut kepada superhero terbabit.

Quicksilver

Kematian Quicksilver dalam edisi komik dan filem sebenarnya sangat berbeza. Quicksilver mati dibunuh oleh bapanya sendiri iaitu Magneto. Ianya berpunca dari event "House of M" dimana Quicksilver meminta kakaknya, Scarlet Witch untuk mengubah dunia pada masa itu menjadi lebih baik, bapanya yang merupakan ketua regim Mutant mengentahui rancangan tersebut dan bertindak membunuh anaknya itu

Thor

Walaupun Thor bertahap dewa, ia juga mortal. Thor mati dibunuh ditangan adik ayahnya Serpent semasa pertarungan diantara The Avengers dan Serpent

Scarlet Witch

Kematian Scarlet Witch boleh dianggap sebagai kemalangan. Scarlet Witch mati ditangan Rogue yang secara tidak sengaja tertikam badan Mutant terbabit selepas Rogue menyerap tenaga Wolverine.

Vision

Vision telah mati dengan cara dileraikan atau dalam bahasa inggeris, Dismantled. Bagaimanapun dia dibina kembali oleh Hank Pym tetapi tidak mempunyai memori terhadap kekasihnya, Scarlet Witch

Rogue

Selepas membunuh Scarlet Witch secara tidak sengaja, Apocalypse Twin membangkitkan kembali Grim Reaper sebagai salah seorang Four Horseman nya yang sebelum ini telah ditewaskan oleh Rogue dan Scarlet Witch. Grim Reaper kemudiannya berjaya menewaskan Rogue dan membunuhnya.

Hulk

Kematian Hulk memang tak disangka-sangka. Hulk merupakan antara ahli Avengers yang paling mustahil untuk dibunuh, tetapi Hawkeye mudah membunuhnya dengan melepaskan satu panahan yang dicipta khas untuk membunuh Hulk. Semasa Civil War 2, Bruce Banner telah meminta bantuan Hawkeye untuk membunuhnya sekiranya dia ingin bertukar menjadi Hulk kerana bimbang Hulk akan membunuh rakan-rakan Avengers nya. Bruce memberikan satu satu anak panah yang dicipta khas untuk membunuh dirinya yang satu lagi.

Wolverine

Kematian Wolverine dalam versi komik sangat berlainan dalam filem Logan. Dia mati bukan sebab ditikam, ditembak mahupun diletupkan, sebaliknya mati kelemasan selepas badannya disaluti dengan Adamantium semasa dalam usaha untuk menghalang Dr. Abraham Cornelius melakukan proses menyaluti adamantaium terhadap 3 subjek ujikaji saintis terbabit

Captain Marvel

Kematian Captain Marvel bukanlah sebab dibunuh seperti mana karakter-karakter Marvel yang lain, sebaliknya mati disebabkan kanser, kesan daripada pendedahan dirinya terhadap gas beracun yang digelar Compound 13. Dia terdedah dengan racun terbabit semasa bertarung dengan Nitro.

Iron Man

Goliath telah membunuh Iron Man demi membalas dendam keatas pakciknya Bill Foster (yang juga menggunakan alias Goliath) yang terbunuh semasa event Civil War. Tom menyalahkan Iron Man diatas kematiah pakciknya itu.

Black Widow

Dalam versi Ultimate Avengers, Black Widow telah menjadi pengkhianat dengan mengetuai operasi Black Ops yang bertujuaan untuk membunuh keluarga Hawkeye. Dia berjaya menjalankan misinya itu dan kemudian cuba untuk membunuh Tony Stark. Tetapi misinya gagal dan dia mengalami cedera parah dan dimasukkan ke Hospital. Hawkeye berjaya mengesan Black Widow dan membunuhnya demi membalas dendam terhadap pembunuhan keluarganya.

Hawkeye

Hawkeye mati bukanlah disebabkan dibunuh oleh hantu Hulk mahupun Black Widow, sebaliknya mati ditangannya sendiri apabila panah bomnya secara tidak sengaja meletup disebelahnya semasa dia ingin menggunakannya senjata terbabit menentang tentera Kree di Manhattan dalam siri Avengers Disassembled

Beast

Dalam siri Days of Future Past yang merupakan salah satu siri Uncanny X-Men, Beast mati dibunuh oleh perusuh anti mutant, bukannya musuh mutant masa itu, iaitu Sentinel

Spider-Man

Doctor Octopus berjaya membunuh Spider-Man dengan cara menukar badannya dengan Peter Parker. Dia telah memasuki badan Peter Parker manakala Peter Parker telah memasuki badan Doctor Octopus yang sedang lemah. Dr. Octopus berjaya membunuh Peter Parker yang terperangkap dalam badan Dr. Octopus dengan mudah. Bagaimapun, Doctor Octopus tidak menggunakan badan Peter Parker untuk terus menjadi villain, sebaliknya menjadi superhero.

Ant-Man

Dalam Avengers Disassembled, Ant-Man telah mati dibunuh oleh Scarlet Witch

Sabertooth

Abiliti Sabertooth sama seperti Wolverine iaitu mempunyai kuasa penyembuh dengan cepat. Ini bermakna, ia juga sukar untuk dibunuh. Tetapi terdapat satu pedang yang mampu untuk menghalang kuasa penyembuhan mutant yang mempunyai abiliti tersebut. Pedang yang dimaksudkan ialah Muramasa Blade, Wolverine telah menggunakan pedang tersebut untuk memenggal kepala Sabertooth

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks