Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kang Han Na Bakal Buat Cameo Dalam Drama Record Of Youth


Kang Han Na akan membuat penampilan istimewa dalam drama tvN Record of Youth.

Pada 2 Oktober, tvN mendedahkan bahawa Kang Han Na akan mengikuti jejak Seo Hyun Jin dan Park Seo Joon dengan membuat penampilan cameo dalam drama yang dibintangi Park Bo Gum, Park So Dam dan Byun Woo Seok. 

Penerbit rancangan itu berkata, “Kang Han Na akan muncul dalam ‘Record of Youth.’ Silakan tonton untuk mengetahui dengan tepat bila dan apa peranannya dalam drama ini.”

Pelakon Seo Hyun Jin dan Seol In Ah sebelum ini pernah membuat cameo dalam drama Record of Youth, sementara penampilan khas Park Seo Joon masih belum keudara

Record of Youth berkisar tentang Sa Hye-jun (Park Bo-gum) dan Won Hae-hyo (Byeon Woo-seok) yang berkawan sejak kanak-kanak dan terlibat dalam dunia lakonan. Semasa bekerja, mereka bertemu dengan An Jeong-ha (Park So-dam) yang merupakan artis solek baru. Berasal dari latar belakang yang berbeza, masing-masing mempunyai penderitaan dan situasi keluarga yang berbeza. Mereka bertiga kemudiaannya bertemu cinta, menghadapi ujian, dan persahabatan ketika mereka menjalani kehidupan masa muda.


Stream Record of Youth di Netflix

 


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee