Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kang Ha Neul dan Gong Hyo Jin Bakal Bergandingan Dalam Drama Romantik Terbaru


Kang Ha Neul dan Gong Hyo Jin bakal bergandingan dalam drama terbaru terbitan KBS berjudul When the Camellia Blooms. 

Gong Hyo Jin akan memainkan peranan Dong Baek, seorang wanita naif tetapi gigih bekerja keras untuk menjalani kehidupannya walaupun orang disekeliling sering berprasangka buruk terhadapnya.

When the Camellia Blooms menjadi drama pertama Kang Ha Neul selepas tamat perkhidmatan wajib tentera pada Mei yang lalu. Dia akan memainkan peranan sebagai Hwang Yong Shik iaitu seorang lelaki yang jujur.

Drama romantik komedi thriller ini akan mengisahkan tentang seorang wanita bernama Dong Baek dan menunjukkan bagaimana kehidupannya menjadi tidak menentu disebabkan hubungannya dengan 3 orang lelaki termasuklah Hwang Yong Shik. 3 lelaki tersebut terdiri daripada lelaki yang baik, lelaki yang jahat dan yang kejam.

Pengarah drama Uncontrollably Fond, Cha Young Hoon dan penulis skrip Im Sang Choon terlibat dalam pembikinan drama ini. When the Camellia Blooms dijangka akan mula bersiaran pada September ini.



Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee