Slot Asia

Kang Ha Neul Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam Filem Terbaru IU & Park Seo Joon

Views

Nampaknya akan ada pertemuan istimewa dalam filem Dream akan datang.

Agensi pelakon Kang Ha Neul, TH Company mengesahkan laporan bahawa aktor itu akan membuat penampilan istimewa dalam filem terbaru lakonan IU dan Park Seo Joon, dan arahan pengarah Extreme Job, Lee Byun Hun. 

Sumber dari agensi menjelaskan, "Kang Ha Neul bersetuju untuk muncul secara percuma dalam filem Dream kerana dia mengenali pengarah Lee Byung Hung serta pelakon Park Seo Joon dan IU."

Kang Ha Neul pernah berkerjasama dengan pengarah Lee Byung Hung dalam filem Twenty yang diterbitkan pada 2015 serta pernah muncul dalam drama SBS berjudul Scarlet Heart: Goryeo disamping IU. Dia juga membintangi filem Midnight Runners bersama Park Seo Joon pada 2017. 

Dream menceritakan kisah sekumpulan pemain bola sepak yang bertenaga tetapi tidak berpengalaman yang mencuba bermain dalam pertandingan Homeless World Cup, iaitu sebuah acara tahunan untuk sukan bola sepak. Filem lakonan IU, Park Seo Joon dan Lee Hyun Woo ini akan ditayangkan pada 2021.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks