Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kang Dong Won Bakal Berlakon Dalam Filem Hollywood

Pelakon popular Korea, Kang Dong Won bakal mengembangkan sayapnya ke peringkat antarabangsa apabila bakal membuat kemunculan dalam sebuah filem Hollywood berjudul Tsunami LA.

Aktor tersebut dikatakan akan terbang ke United Kingdom untuk menjalani penggambaran itu selepas selesai penggambaran filem terbarunya Im Rang.


Menurut laporan dari Hellokpop, filem mengenai bencana alam arahan Simon West itu dijangka akan memulakan penggambaran pada April ini di sekitar UK dan juga di Mexico.

Tsunami LA akan berkisarkan mengenai sebuah bandar yang dilanda oleh bajir besar yang mengakibatkan kemusnahan besar. Dalam filem tersebut, beliau akan membawa watak sebagai seorang peluncur air.

Apa yang membuatkan filem ini menjadi perhatian apabila ia diarahkan oleh Simon West yang sebelum ini pernah mengarah Tomb Raider, The Mechanic dan The Expendables 2.

“Saya berasa sangat bersyukur apabila berpeluang untuk memperkenalkan pelakon yang mempunyai bakat besar ini kepada seluruh dunia,” 

Sementara itu, Kang Dong Won berasa sangat berbesar hati apabila diberi peluang besar ini untuk menembusi pasaran antarabangsa. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada tahun 2019.

Sumber: Cinema Online

Related posts

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

“Alchemy of Souls” Akan Berehat Seminggu

Zulaikha

Confidential Assignment 2: Yoo Hae Jin Kembali Sebagai Rakan Sekerja Hyun Bin Dalam Gambar Terbaru

Zulaikha

[TRAILER] Alami Ketakutan PENGABDI SETAN 2 – COMMUNION Apabila Ia Ditayangkan Di Pawagam 11 Ogos Ini

Kakimuvee

“Hansan: Rising Dragon” Catat 2 Juta Penonton Dalam Tempoh 5 Hari Tayangan

Zulaikha

Warner Bros. Umum Sekuel “Tokyo Revengers”

Kakimuvee

Leave a Comment