Review filem Kanang Anak Langkau
Genre: Biopik / Aksi
Pengarah: Bade Hj. Azmi
Pelakon: Ady Putra, Johan As’ari, Langgi Datuk Kanang
Edaran: Empire Film Solution
Tarikh Tayangan: 16 Mac 2017
Bila diperhatikan secara keseluruhan filem biopik pahlawan negara ini, terus kami terbayangkan filem biopik Desmond Doss, Hacksaw Ridge. Bila kami maksudkan filem Oscar itu, filem Kanang Anak Langkau mempunyai susunan plot yang hampir sama dengan filem Hollywood berkenaan.
Dari pengenalan cerita, mid, klimaks dan ending filem Kanang Anak Langkau, hampir menyerupai filem berkenaan. Tapi ini bukan bermakna filem ini meniru, kerana Kanang Anak Langkau telah pun siap sebelum Hacksaw Ridge ditayangkan pada Oktober 2016 (maybe Mel Gibson tiru Filem Bade Hj. Azmi ini)
Jika Hacksaw Ridge menceritakan Medal of Honor holder yang berjaya menyelamatkan lebih 70 askar yang cedera semasa Perang Dunia Kedua, Filem Kanang Anak Langkau pula menceritakan kehebatan pahlawan Iban dalam menjejak musuh komunis.
Bagi yang mengharapkan filem ini penuh dengan aksi, kami beritahu awal-awal bahawa filem ini bukan filem yang penuh dengan aksi perang, tapi lebih kepada biopic individu iaitu Kanang. So, expect less action dalam filem Kanang Anak Langkau.

Kami sebenarnya agak kecewa sedikit semasa babak-babak pertempuran dengan komunis. Jika hendak dibandingkan dengan Bravo 5, kami rate Bravo 5 lebih aksi berbanding filem ini. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat pergerakan aksi dalam Bravo 5, tapi Kanang Anak Langkau, aksinya lebih bersifat statik, duduk di satu tempat dan tembak membabi buta.
Plot filem bagi kami Ok, cuma terlampau padat, seolah-olah mereka cuba menyumbat satu almari baju kedalam bagasi. Tapi apapun plotnya tidak kucar-kacir dan kita jelas dengan penjalanan hidup Kanang.
Kami tak tahu apa peranan Adi Putra dan Johan As’ari dalam filem ini. Kedua-dua aktor berkenaan seolah-olah tidak wujud dalam plot filem. Kalau dipotong babak-babak mereka, sikit pun tidak terganggu perjalanan filem Kanang. Bagaimanapun, lakonan Langgi Anak Kanang boleh dipuji walaupun pertama kali berlakon.

Terdapat beberapa elemen dalam filem ini yang boleh membuatkan kami kagum dan salute kepada team produksi. Antaranya mood filem yang berjaya create suasana 50an-70an dan uniform-uniform tentera yang dipakai oleh para pelakon. Kelihatan sangat realistik dengan zaman tersebut dan keadaan sedang dalam operasi.
Skor bunyi dan efek pertempuran juga boleh dipuji, cuma stunt akibat ditembak agak sedikit melampau. Melambung apabila kena tembak? Cinematografi juga ok walaupun terdapat movement kamera yang agak memeningkan.
Secara keseluruhan, Kanang Anak Langkau sebuah filem Biopik yang bagus, tapi dari segi aksi, ia gagal menampilkan aksi yang kita harapkan sebagai filem perang. Apapun filem ini, adalah filem tempatan yang harus korang tonton untuk mengentahui liku kehidupan Kanang Anak Langkau, perwira negara.
Rating: 5.5/10
Trailer: