Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kanang Anak Langkau Penuh Aksi – Bade Hj Azmi


Kanang Anak Langkau – 16 Mac ini

Pengarah filem tersohor tanah air Bade Hj Azmi memberitahu walaupun filem terbaru arahannya “Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior” adalah sebuah naskhah biografi, namun ia padat dengan aksi sekaligus menjanjikan babak-babak mendebarkan kepada penonton.

Menurut Bade, dia mengambil pendekatan seperti filem-filem perang Hollywood yang kebanyakkan juga daripada kisah benar tetapi lebih banyak memaparkan babak-babak aksi daripada drama.

“Untuk filem “Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior” ini, saya minta pihak media supaya tidak ‘highlight’ filem ini sebagai filem biografi, sebaliknya sebagai sebuah filem aksi. Ini kerana dalam filem ini saya menampilkan banyak babak-babak aksi perang iaitu ketika mendiang Kanang bertempur di medan perang.”

KLIK SINI UNTUK TONTON TRAILER KANANG ANAK LANGKAU

“Saya bagi contoh filem Hollywood, “Saving Private Ryan”. Ia sebuah filem berdasarkan kisah sebenar tetapi mereka tidak sekali pun beri ‘highlight’ tentang kisah sebenar itu tetapi lebih kepada aksi. Sekaligus ini dapat menarik perhatian penonton,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran treler “Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior” di FINAS Hulu Kelang, semalam.


Terdahulu, filem terbitan Tangan Seni Sdn Bhd ini sepatutnya ditayangkan pada 25 Ogos 2016 bersempena dengan bulan Kemerdekaan, namun secara tiba-tiba ia ditangguhkan kepada 16 Mac 2017.

Ditanya mengenai punca atau sebab utama penangguhan filem tersebut, penerbitnya Zainal Fikri menjelaskan bahawa pihaknya ambil keputusan untuk menarik balik tayangan filem ini kerana kekurangan promosi filem dan juga masih belum berpuas hati dengan hasil akhir filem tersebut.

“Ia adalah satu tindakan yang tepat untuk tarik balik tayangan filem ini kerana promosi untuk filem ini tidak cukup kuat, selain merasakan kualiti filem masih belum memuaskan.”

“Oleh itu dalam tempoh enam bulan ini, kami gunakan untuk memperbaiki kualiti visual seperti kesan khas dan CGI agar tampak lebih menyakinkan selain giat menjalankan promosi filem.”

Zainal pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan YAB Perdana Menteri menerusi Kementerian Kewangan yang memberi dana sebanyak RM4 juta selain dana daripada Tentera Malaysia sekitar RM500,000.

Dalam pada itu, Zainal berkata filem yang menelan belanja sekitar RM5.5 juta ini juga akan ditayangkan di beberapa negara jiran termasuk Singapura dan Brunei.

Selain itu, mereka juga sudah memohon kebenaran daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menayangkan filem ini di universiti-universiti terpilih dan membuat jelajah tayangan.

“Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior” ini dibintangi sendiri oleh anak mendiang Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau iaitu Langgi, serta dibarisi pelakon hebat lain seperti Adi Putra, Johan As’ari, Adam Shahz dan ramai lagi.

Sumber: Cinema.com.my


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee