BeritaSlot Asia

Kamen Rider: Reiwa The First Generation Bakal Menemui Penonton Tempatan Tidak Lama Lagi

Views

Laman Instagram TGV Cinemas telah kongsikan sesuatu yang menarik buat para peminat Kamen Rider. Menerusi perkongsian dari mereka, filem ‘crossover’ Kamen Rider: Reiwa The First Generation bakal menemui penonton tidak lama lagi.

“The future is now. Kamen Rider – Reiwa The First Generation is coming to TGV Cinemas very soon” – caption dari laman Insta TGV Cinemas!

12 tahun yang lalu, insiden Daybreak Town Accident telah mengubah dunia dan menghasilkan kemakmuran baru terhadap kepintaran buatan. Tetapi bagaimana jika itu semua berubah?

Sougo Tokiwa menyerahkan kuasanya selepas dia memilih untuk menetapkan semula dunia dan menjalani kehidupan yang biasa. Walau bagaimanapun, Time Jacker sekali lagi cuba mengubah sejarah, dan Sougo terpaksa mengambil mantel sebagai Kamen Rider Zi-O. Dia kemudiannya bertemu dengan Aruto Hiden, Kamen Rider yang harus dia selamatkan.

BACA:  THE BATMAN, FANTASTIC BEAST 3 Akan Meneruskan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Inilah kisah dua Kamen Rider dari dua dunia yang berbeza, berjuang bersama-sama yang akhirnya akan menentukan nasib semua realiti.

Kamen Rider: Reiwa The First Generation telahpun ditayangkan di Jepun pada 21 Disember yang lalu. Setakat ini tarikh tayangan di Malaysia masih belum diumumkan, tetapi berdasarkan dari laman Fandom Kamen Rider, tayangan antarabangsa akan bermula pada Mac tahun ini.

Kepada para peminat Kamen Rider? adakah anda tidak sabar untuk menantikan filem Kamen Rider: Reiwa The First Generationkongsikan keterujaan anda diruangan komen.

Tinggalkan Balasan

shares