Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial TrailerSiri TV

Kamala Khan Terima Takdirnya Sebagai Superhero Baharu MCU Dalam TV Spot “Ms. Marvel”


Ms. Marvel bersedia untuk ditayangkan di Disney+ pada Jun ini!

Susulan pelancaran trailer baru-baru ini, Marvel Studios telah membuat debut TV Spot rasmi siri terbaru MCU itu. Walaupun kebanyakkan rakaman diambil dari trailer, terdapat beberapa klip terbaru di penghujung video, yang memaparkan Kamala Khan (Iman Vellani) menyesuaikan diri dan menerima takdirnya sebagai adiwira terbaru Marvel Cnematic Universe. 

“Ms. Marvel ialah siri baharu dan asli yang memperkenalkan Kamala Khan, seorang remaja Muslim Amerika yang membesar di Jersey City,” menurut sinopsis yang dikemas kini.

“Seorang pengemar permainan video dan penulis fiksyen yang rakus, Kamala adalah peminat besar Super Hero dengan imaginasi yang terlampau besar – terutamanya terhadap Captain Marvel. Namun Kamala berasa dia seperti tidak sesuai berada di sekolah dan kadangkala di rumah – sehinggalah, dia mendapat kuasa super seperti wira yang disanjunginya. Kehidupan menjadi lebih baik dengan kuasa hebat, bukan?”

Khan akan membuat penampilan sulungnya dalam Ms. Marvel sebelum menyertai rakan wira yang berkuasa kosmik, Carol Danvers (Brie Larson) dan Monica Rambeau (Teyonah Parris) menerusi filem The Marvels yang akan dilancarkan tahun depan.


Ms. Marvel turut dibintangi Aramis Knight, Saagar Shaikh, Rish Shah, Zenobia Shroff, Mohan Kapur, Matt Lintz, Yasmeen Fletcher, Laith Nakli, Azhar Usman, Travina Springer, dan Nimra Bucha.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee