Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Super Spontan Superstar: Kamal Adli Sifatkan Dirinya Bukan Pelawak

Pelakon Kamal Adli mengakui tidak merasakan diri sebagai pelawak biarpun baru-baru ini telah berjaya dinobat sebagai juara Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017).

“Saya masih pelakon biasa seperti dahulu. Bezanya, sudah tertulis rezeki saya untuk memenangi SSS2017 dan menewaskan pelawak-pelawak yang ada. Seperti pelakon lain, saya masih meneliti skrip dan jalan cerita sesebuah naskhah sebelum menerima sesuatu tawaran.

“Tak kisahlah jika karya itu berbentuk serius, lawak atau seram, saya akan menerimanya jika jalan ceritanya bagus,” ujarnya yang dipetik dari Astro Gempak.

Pelakon “Kolestro Vs Cinta” ini turut berkata kemenangan yang diraihnya ini merupakan ‘pengubat’ kepada segala dugaan dan kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

Antaranya adalah kontroversi mengenai hubungan cintanya dengan pelakon Emma Maembong yang dikatakan putus di tengah jalan berpunca dari orang ketiga.

Terbaru, motosikal berkuasa tinggi miliknya juga telah hilang di kediamannya di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Kamal bagaimanapun berasa masalah tersebut memberi hikmah kepadanya apabila dia bersama anggota kumpulan King Musang berjaya dinobat sebagai SSS2017 sekaligus membawa pulang RM100,000.

Beliau juga kini dalam proses pengambaran filem terbaru berjudul Escape bersama-sama pelakon dan juga penyanyi terkenal tanah air, Elizabeth Tan

Sumber: Cinema Online

Related posts

“Black Panther: Wakanda Forever” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada 1 Februari Ini

Kakimuvee

Review: Ma, I Love You (2023)

Ahmad Fariszuan

‘Avatar: The Way of Water’ Menjadi Filem Terbaru James Cameron Yang Mendapat Kutipan AS$2 Billion

Kakimuvee

Reboot ‘Friday the 13th’ Sedang Dibangunkan Oleh Pengarah Asal

Kakimuvee

‘Payakan’ Akan Kembali Dalam ‘Avatar 3’

Kakimuvee

Reunion Mighty Morphin Power Rangers Akan Datang Ke Netflix

Kakimuvee

Leave a Comment