Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kamal Adli Kecewa Disingkirkan Dari Filem Sekuel Abang Long Fadil

Kamal-Adli

Pelakon Kamal Adli berasa terkilan apabila penerbit filem Abang Long Fadil iaitu Datuk Yusof Haslam mengambil keputusan untuk menggugurkan namanya terlibat dengan karya sekuel itu.

Kamal berasa kecewa memandangkan dia sudah mengosongkan slot jadual penggambaran sejak setahun lalu dan tidak menerima sebarang tawaran lakonan pada tempoh berkenaan.

“Tipulah kalau saya kata saya ok. Jujurnya saya kecewa keraba saya sudah ‘lock’ tarikh penggambaran setahun lalu.

“Tambah pula saya bersenam dan membuat latihan kecergasan untuk tampil bertenaga dalam filem berkenaan. Malah saya sukakan karakter yang diberi itu,” katanya kepada mStar Online.

Pada Khamis, Yusof yang mewakili syarikat penerbitannya iaitu Skop Production mengesahkan di sebuah portal bahawa dia sudah menggugurkan nama Kamal bagi filem sekuel Abang Long Fadil.

Pengguguran itu dibuat bagi mengelakkan konflik antara Kamal dan Zizan sepanjang penggambaran berlangsung.

Difahamkan, kedua-dua selebriti itu mempunyai konflik antara satu sama lain gara-gara perasaan iri hati Zizan yang berhubungan rapat dengan bekas kekasihnya, Emma Maembong.

Sementara itu, Kamal menyifatkan penggugurannya dalam filem berkenaan mempunyai hikmah tersendiri.

“Saya anggap perkara itu tidak ada rezeki dan tidak mahu bercerita panjang.

“Lebih baik saya fikirkan masa depan dan kerja-kerja lain yang akan dilaksanakan. Walaupun kecewa, saya cuba mengambil pendekatan untuk berfikiran lebih positif” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Kamal bakal muncul menerusi filem Apartment dan Isteri Untuk Dijual pada Disember ini.

sumber: mStar Online

Related posts

Kejar-Mengejar Berterusan! Si Tom & Jerry Bawa Kenakalan & Kekacauan Di Malaysia

Isqandar

Christopher Nolan Tidak Lagi Mahu Bekerjasama Dengan Warner Bros.

Kakimuvee

Sony Tukar Tarikh Tayangan Ghostbusters: Afterlife, Uncharted, Cinderella & Peter Rabbit 2

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Wujudkan Media Sosial Untuk Pasaran Malaysia!

Kakimuvee

No Time To Die, A Quiet Place Part II, Morbius Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating