Trivia

Kakimuvee Jawab 5 "Fakta" Yang Diberikan Oleh Ohbulan Mengenai Filem Logan

Views

Wow! tak sabar pula kami nak menonton filem terbaru Logan yang akan ditayangkan minggu hadapan selepas membaca "fakta-fakta" menarik yang diberikan oleh sebuah laman hiburan popular Ohbulan. Wait what! apasal kami rasa ada something wrong dekat fakta-fakta yang diberikan oleh mereka mengenai filem terakhir Hugh Jackman itu?

Oh yer, apa yang mereka berikan bukanlah fakta tapi banyak persoalan, dah tu terdapat juga fakta yang menyeleweng dari kitab lama Marvel X-men ini. Ok kami di Kakimuvee akan menjawab dan memperbetulkan kesilapan fakta oleh mereka supaya tidak mengelirukan fan Marvel terutamannya X-Men

Salah fakta

Dia juga ada kelebihan luar biasa iaitu dia ni tak akan tua dan juga akan sembuh dari luka dengan cepat. Macam mana Logan boleh dapat kuasa sehebat ini?

Sebab masa perang dunia ke 2, sepasukkan penyelidik askar yang diketuai oleh William Stryker telah buat experiment dengan memasukkan besi dalam badan Logan yang dipanggil Claw. - Ohbulan

Kami tak tahu nak gelak ataupun simpati ataupun mereka kurang melakukan homework sebelum mengeluarkan artikel. Ye, Logan dijadikan memang dijadikan bahan ujikaji William Stryker dan dikenali sebagai Weapon X tetapi dia mempunyai abiliti luar biasa bukan disebabkan experiment kerana sebelum dia terlibat dalam program Weapon X, Logan sememangnya seorang mutant yang mempunyai abiliti cepat sembuh dan kebolehan melebihi manusia biasa. Disebabkan abiliti itulah, Logan dijadikan bahan ujikaji oleh William Stryker untuk dimasukkan Andamantium kedalam badannya, bukannya Claw!

Dan ujikaji itu dilakukan pada tahun 70an. Admin Ohbulan boleh tonton filem X-Men Origin: Wolverine (2009)

1. Budak tersebut adalah X-23, Klon kepada Logan

Budak kecil dalam filem Logan adalah X-23 atau Laura Kinney, klon kepada Logan. Ini menjawab kenapa budak tersebut mempunyai abiliti sama seperti Logan termasuklah clawnya. Jawapan kepada persoalan ini boleh di "Google".

Kemungkinan dalam filem Logan, X-23 dicipta dalam projek Transigen untuk memburu saki baki mutant, tetapi sebaliknya dia melarikan diri bersama seseorang yang tidak dikenali (dipercayai Sarah Kinney, Doktor yang terlibat dalam projek Transigen dan ibu tumpang kepada X-23) sehinggalah dia diburu oleh organisasi jahat dalam filem Logan.

Satu-satunya anak Logan yang disahkan dalam dunia Marvel adalah Daken (tidak ditunjukkan dalam mana-mana filem).

2. Logan tak kebal dan sebab kenapa abilitinya semakin berkurang dan mutant semakin pupus

Seriously tak akan berdarah? Logan cepat sembuh bukan kebal. Dia tetap berdarah tetapi lukanya akan ditutup dengan cepat. Logan still power dalam filem terbaru ini, cuma abilitinya semakin berkurang iaitu abiliti untuk generate sel-sel baru (bahasa mudahnya lambat sembuh). Abilitinya yang semakin berkurang ini menyebabkan dia sukar untuk sembuh dari luka dan semakin tua.

Ada dua punca yang mungkin menyebabkan kepupusan Mutant dalam filem Logan. Satu, diburu dan dibunuh oleh Organisasi jahat (reference lebih kurang sama seperti komik Old Man Logan) dan kedua disebabkan virus misteri sehingga menyebabkan mutant mati dan tiada mutant baru dilahirkan selepas hampir 30 tahun event X-Men: Apocalypse.

Sebab kedua paling kuat kerana jika disebabkan virus misteri, Logan juga menerima kesannya abilitinya semakin menurun. Mungkin virus misteri tersebut dicipta oleh Organisasi berkenaan dengan tujuan untuk menghapuskan mutant. Bukankah manusia biasa sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan Mutant?

3. Ejen tersebut memburu X-23

Merekalah Organisasi yang dimaksudkan dalam point no. 1 (rujuk atas) mereka tidak memburu Logan, sebaliknya memburu X-23. Logan dan Profesor X turut diburu kerana memberi pelindungan kepada kanak-kanak tersebut.

Ejen diatas adalah dari Organisasi yang menjalankan projek Transigen. Kalau korang tonton trailer filem ini, mereka ada minta Logan serahkan X-23 kepada mereka. Ini mungkin disebabkan X-23 telah melakukan sesuatu dalam Organisasi tersebut sebelum melarikan diri.

Organisasi tersebut bukanlah dari Essex Corps walaupun post kredit X-Men: Apocalypse ada menunjukan nama organisasi tersebut. Ini disebabkan Bryan Singer, pengarah filem X-Men mengatakan Essex Corps tidak akan muncul dalam filem arahan James Mangold ini.

4. Sebab Logan semakin tua dimasa hadapan

Persoalan ini telah dijawab di point nombor dua. Anda boleh baca diatas sebab kuasanya berkurangan dan semakin tua

5. Kenapa Profesor X Kelihatan tua?

Simple. Pengiraan Matematik. Profesor X muncul dalam filem X-Men: First Class dan zaman tersebut berlatarbelakangkan era 60an manakala filem Logan pula berlatarbelakangkan era 2020an. Andaikata zaman filem First Class, umur Profesor X adalah 20an jadi anda kiralah umur Profesor X semasa zaman filem Logan. 1960 - 2020 = 60 tahun campur umur Profesor X 20 tahun dalam filem First Class, maka umur Profesor X dalam filem Logan adalah 80 tahun

Sesuailah dengan keadaan orang tua pada waktu tersebut. Tua dan tak sihat. Ingat, Profesor X abilitinya adalah Telepatik, mind control dan mind manipulation bukannya sama seperti Logan.

Diharap selepas ini Ohbulan dapat memberikan info yang lebih tepat pada setiap filem yang ingin mereka ceritakan dan lakukan sedikit homework sebelum mengeluarkan sebarang artikel mengenai apa-apa filem.

Apa yang kami berikan ini adalah sedikit sahaja, jika ingin ditulis lagi sangatlah panjang, jadi jika anda boleh baca lebih lanjut mengenai filem Logan, klu-klu dan info-info mengenai filem Logan , anda boleh klik disini

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks