Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Tempatan

Kabir Bhatia Kembali Dengan Filem “Kerana Korona”

Pengarah Kabir Bhatia kembali dengan filem terbaru berjudul Kerana Korona, sebuah filem yang akan mengetengahkan kehidupan seharian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Astro Shaw telah inspirasikan latar sebenar iaitu ketika dalam tempoh PKP, dalam bentuk filem dengan mengangkat kisah serta konflik berbeza yang mana ia sememangnya terjadi dalam kalangan penonton di luar sana. Menariknya, cerita sebegini tidak pernah lagi difilemkan.” kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad

Dibahagi kepada tiga bahagian, filem ini membawa membawa penonton lebih menghayati nilai murni serta melihat dari sudut positif di sebalik PKP.

Kisah pertama menceritakan pasangan suami isteri yang mana hubungan mereka semakin renggang, manakala anak mereka bercita-cita untuk menjadi jurugambar, namun impiannya dipandang rendah.

Kisah kedua pula menyaksikan tentang seorang doktor yang berdepan dilema tanggungjawab dan pendirian. Sementara itu, kisah ketiga mengenai seorang warga emas yang keras kepala dan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) sehingga merisaukan jirannya.

Advertising

Filem ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Ummi Nazeera, Shasha Abedul, Dato’ Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Idan Aedan, Umar Shakur dan Anwaar Beg Moghal.

Kerana Korona akan ditayangkan secara eksklusif di Astro First (saluran 480), aplikasi Astro Go atau On Demand mulai 21 Januari ini.

Advertising

Related posts

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Kakimuvee

MAFE Gesa Kerajaan Benarkan Sektor Pawagam Kembali Beroperasi

Isqandar

Lebih RM3 Bilion Setahun dicuri daripada Kegiatan Cetak Rompak

Isqandar

Radio ERA perkenal ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ dengan Sherry Alhadad

Zulaikha

Amazon Lancar Trailer Terbaru Siri Animasi “Invincible”

Kakimuvee

Pertarungan Berdarah Dalam Trailer ‘R-rated’ “Mortal Kombat”!

Kakimuvee

Leave a Comment