Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

K-Drama Terbaru “The Great Shaman Ga Doo Shim” Kini Boleh Di Strim Di iQiyi

Siri K-drama terbaru iQiyi The Great Shaman Ga Doo Shim telah memulakan tayangan perdananya hari ini. 

Siri ini menampilkan Nam Da-reum dan Kim Sae-ron, dua bintang muda yang memulakan karier mereka sebagai pelakon kanak-kanak, dan melihat mereka mengembangkan kasih sayang antara satu sama lain sambil melawan semangat jahat bersama-sama.

Ini adalah peranan utama pertama Nam Da-reum sebagai pelakon dewasa. Siri ini juga menandakan kembalinya Kim Sae-ron ke K-drama, setelah penglibatannya dalam The Man from Nowhere dua tahun lalu.

Dalam The Great Shaman Ga Doo Shim, Kim Sae-ron berperanan sebagai pelajar sekolah menengah yang berani bernama Ga Doo-shim. Walaupun dia memiliki kemampuan ‘supernatural’ dan ditakdirkan menjadi dukun ketika lahir, dia mengimpikan kehidupan biasa.

Selepas dia bertemu dengan pelajar cemerlang Na Woo-soo (dilakonkan oleh Nam Da-reum), yang dapat melihat roh, mereka terjebak dengan pelbagai kejadian misteri dan mendebarkan. 

Bermula dari 30 Julai 2021, siri ini akan tersedia secara eksklusif pada jam 07.00 malam setiap hari Jumaat di aplikasi iQiyi International atau di iQ.com

Related posts

Netflix Umum Tajuk Adaptasi Korea Money Heist, Tonton Teaser Pertama Disini

Kakimuvee

Rating “Snowdrop” & “Bulgasal” Kembali Meningkat

Kakimuvee

“Through The Darkness” & “The King Of Tears, Lee Bang Won” Capai Rating Tertinggi Setakat Ini

Zulaikha

Sekolah Diserang Zombi Dalam Trailer Rasmi All of Us Are Dead”

Kakimuvee

Penggembaraan Epik Han Hyo Joo, Kang Ha Neul, Lee Kwang Soo & Kwon Sang Woo Dalam Poster Terbaru “The Pirates: The Goblin Flag”

Kakimuvee

Heo Sung Tae Sertai Kang Ha Neul Dalam Drama Aksi Terbaru “Insider”

Zulaikha

Leave a Comment