Pengarah:Ā Osman Ali
Penerbit:Ā Datoā Abdul Hamid bin PV Abdu (D.I.M.P)
Produksi:Ā Ehsan Production,Ā Nuansa Film
Pelakon:Ā Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne, Marsha Milan Londoh dan Umie Aida.
Tarikh Tayangan:Ā 24 September 2015
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang gadis yang mengalami penderaan mental dan fizikal, yang diberi nama Jwanita menyebabkan dirinya menjadi seorang yang tertekan dengan masalah mental yang serius.Ā Ia diakibatkan oleh ibu bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam dan sering menderanya sejak kecil.
Jwanita telah bertindak kejam dengan membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu dan dia telah dihantar untuk dirawat oleh seorang doktor psikiatri bernama Farhan.
Merasakan Farhan boleh memberinya sinar baru menyebabkan dia menyimpan perasaan terhadap jejaka tersebut.Ā Namun segalanya hanya tinggal kenangan apabila Farhan sebenarnya sudah bertunang dengan Julaika yang juga merupakan adik kandung Jwanita seterusnya mereka berkahwin.
Selepas hari perkahwinan mereka, Jwanita telah menghilangkan diri dan kembali dengan sebuah dendam kesumat.
Kematian demi kematian yang mengerikan berlaku setelah kehadiran Jwanita. Setiap orang yang mati dibunuhnya akan dibangkitkan kembali menjadi abdi bagi membalas dendamnya.