Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ArkibOfficial Trailer

Juvana 2 Official Trailer

Juvana 2 1

Genre:Ā Aksi
Pengarah: Faisal Ishak
Penerbit:
Penulis:
Pelakon: Johan As’ari, Zahiril Adzim, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Adam Shahz, Shera Ayob, Nad Zainal, Riki Rikando, Hafreez Adam, Ekya Farhana, Amirul AIman, Sweet Farhana, Khairul Mohamed, Muhammad Syafiq Ikmal, Helmi Hakim,
Produksi:Ā  Filmscape Sdn Bhd, Juita Viden Sdn Bhd, Star Media Group Berhad
Edaran:
Tarikh Tayangan: 29 OktoberĀ 2015

Sinopsis

Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.

Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidupJuvana-2 baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim sedang meneruskan pengajiannya dalam bidang guaman bersama teman wanitanya, Sara yang sering mengatakan Daim hanya membuang masa apabila masih bergaul bersama-sama rakan-rakan dari Sekolah Wira Bakti.

Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka. Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka.

Facebook: Juvana 2
Twitter: JuvanaFilm

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Saksikan Trailer ‘Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves’ & Poster Karakter Terbaru

Kakimuvee

Netflix Keluarkan Video Klip dan Poster Pertama ‘Murder Mystery 2’

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

[TRAILER] Keira Knightley Bintangi Filem Jenayah Disney+ Hotstar ā€œBoston Stranglerā€

Kakimuvee

[TRAILER] The Flash: Barry Allen Terperangkap Dalam Realiti Alternatif Tanpa Metahuman.

Kakimuvee

Leave a Comment