Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Justin Lin Kembali Arahkan Fast & Furious 9 & 10

Pelakon utama filem Fast & Furious, Vin Diesel telah mengesahkan bahawa filem Fast & Furious seterusnya bakal diarahkan oleh Justin Lin. Pengarah itu juga bukan sahaja akan mengarahkan filem kesembilan franchise Fast & Furious malah turut akan mengarahkan filem Fast & Furious 10 yang juga merupakan filem terakhir.

Justin Lin bukanlah nama asing dalam franchise tersebut kerana beliau pernah mengarahkan filem ketiga hingga filem keenam siri tersebut sebelum meninggalkan kerusi pengarahan filem aksi lumba kereta itu untuk menjadi pengarah filem Star Trek Beyond. 

Selain itu juga, Vin Diesel turut memberitahu kepada wartawan bahawa filem kesembilan akan bertempat di benua Afrika.

Sementara itu, beberapa pelakon utama franchise tersebut iaitu Vin Diesel (Dom), Chris “Ludacris” Bridges (Tej), Tyrese Gibson (Roman) dan Jordana Brewster (Mia) telah menghadiri pelancaran Fast & Furious – Supercharge, tempat tarikan baru yang terletak di Universal Studios Hollywood dan Universal Studios Florida.

Filem kesembilan itu nanti mungkin tidak akan disertai oleh Dwayne Johnson disebabkan krisis diantara beliau dan Vin Diesel baru-baru ini.

Fast & Furious 9 dijangka akan menemui penonton pada April 2020 manakala filem spin off franchise ini yang menampilkan watak Hobbs dan Shaw masih tidak mempunyai tarikh tayangan rasmi

Related posts

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating