Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Justin Lin Arahkan Filem Aksi-Langsung “One-Punch Man”

Bekas pengarah Fast & Furious, Justin Lin, telah dipilih untuk mengarahkan filem aksi-langsung adaptasi manga dan anime popular, One-Punch Man. 

Menurut Deadline, penulis di sebalik filem Venom dan Jumanji: The Next Level, Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner, akan menulis filem itu manakala Lin sebagai pengarah. Lin sebelum ini diberi tugas untuk mengarahkan Fast X tetapi, disebabkan perbezaan kreatif dengan bintang utama Vin Diesel, di meninggalkan projek itu.


Avi Arad, penerbit filem-filem Spider-Man, akan berkhidmat sebagai penerbit bersama Ari Arad dari Arad Productions serta Lin. Sony Pictures memperoleh hak filem One-Punch Man daripada penerbit manga Shueisha, dan dilaporkan berharap untuk memulakan penggambaran filem itu menjelang akhir tahun ini.

Siri manga popular One-Punch Man dicipta pada tahun 2009 oleh artis Jepun ONE sebagai komik web. Pada tahun 2012, komik itu diterbitkan di Shueisha’s Young Jump Next, yang diilustrasikan oleh Yusuke Murata bersama ONE.

Jualan seluruh dunia untuk siri ini mencecah lebih 30 juta salinan. 

Related posts

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Chad Stahelski Mahu Filem “Ghost of Tsushima” Dibuat Dalam Bahasa Jepun

Kakimuvee

Leave a Comment