Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Justin Bieber Akan Buat Cameo Dalam Sitkom “Friends: The Reunion”

Sitkom istimewa HBO Max Friends: The Reunion dilaporkan bakal menampilkan salah seorang artis popular di dunia bersama dengan pelakon asal Jennifer Aniston, Lisa Kudrow, Courteney Cox, David Schwimmer, Matthew Perry dan Matt LeBlanc.

Penyanyi Justin Bieber dikatakan telah merakamkan babak cameo dengan memakai kostum “Spudnik”, yang pernah muncul dalam episod finale musim kelapan. Kostum kentang itu pernah dipakai watak David Schwimmer, Ross. Walaupun memakai kostum yang cukup memalukan, Bieber sangat bersemangat dan gembira kerana dapat terlibat dalam reunion sitkom legenda Friends.

“Justin rasa bangga kerana terlibat dan tidak keberatan untuk memakai kostum yang tidak masuk akal,” kata sumber kepada The Sun. “Semuanya dijalankan seperti operasi ketenteraan untuk menjaga kerahsiannya, dan Justin berjaya.”

Diarahkan oleh Ben Winston, Friends: The Reunion juga dikatakan bakal menampilkan LeBlanc mencipta babak ikonik di mana wataknya, Joey Tribbiani, memakai pakaian Chandler Bing dan melakukan lunges.

Kevin Bright, Kauffman dan David Crane kembali sebagai penerbit manakala kesemua bintang utamanya menjadi penerbit eksekutif bersama Emma Conway dan James Longman.

HBO Max membeli hak sitkom ikonik ini, yang sebelumnya telah disiarkan di Netflix, dengan harga AS$425 juta dolar. Kesemua pelakon utama dikatakan mendapat bayaran sekitar AS$3-4 juta dolar untuk terlibat dalam sitkom isimewa ini. Friends: The Reunion akan dilancarkan di HBO Max pada akhir tahun 2021.

Related posts

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Leave a Comment