Berita

Justice Society of America Akan Membuat Kemunculan Dalam Filem Black Adam

Views

Kumpulan adiwira klasik DC, Justice Society of America (JSA) dilaporkan bakal muncul dalam filem anti-hero Black Adam. Pekara tersebut disahkan oleh pelakon utamanya Dwayne Johnson ketika ditemubual portal Comic Book baru-baru ini.

Dalam temubual itu juga, Johnson ditanya mengenai peluang rakannya iaitu Kevin Hart untuk muncul sebagai 'sidekick' dalam filem Black Adam. Pelakon bertubuh sasa itu bagaimanapun berseloroh dengan mengatakan bahawa karakter Black Adam tidak mempunyai pembantu, sebaliknya Hart boleh membawa watak sebagai salah satu ahli JSA

"Kita akan memperkenalkan JSA dalam filem Black Adam. Jadi dalam JSA mungkin ada (peranan).. mereka mempunyai haiwan, haiwan peliharaan" jelas Johnson kepada Hart dengan nada bergurau.

Dalam versi komik, Black Adam merupakan musuh dan juga sekutu kepada JSA. Mula diperkenalkan pada tahun 1941, Justice Society of America merupakan kumpulan adiwira pertama yang ditubuhkan dalam sejarah komik. Kumpulan tersebut dicipta oleh Sheldon Mayer dan Garden Fox ketika Zaman Emas Buku-Buku Komik. Ahli kumpulan JSA termasuklah Doctor Fate, Hour-Man, Spectre, Sandman, Atom, The Flash, Green Lantern dan Hawkman.

Berdasarkan dari karakter komik DC ciptaan Otto Binder dan C.C. Beck, Black Adam akan diarahkan oleh Jaume Collet-Serra dengan Johnson akan memainkan peranan utama sebagai anti-hero Black Adam. Filem ini merupakan kolaborasi kedua diantara Collet-Serra dan Johnson dimana mereka sebelum bekerjamsa dalam filem terbitan Disney berjudul Jungle Cruise. 

Filem ini diterbitkan Johnson dan Beau Flyn bersama-sama Dany Garcia dan Hiram Garcia menerusi syarikat produksi Seven Bucks Productions. Black Adam akan menemui penonton pada 22 Disember 2021.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks