Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Justice League: Zack Snyder Sahkan Babak Epilog Yang Berdurasi 25 Minit


Minggu lalu, telah diumumkan bahawa “Zack Snyder’s Justice League” secara rasmi memiliki enam babak yang mana secara keseluruhannya berdurasi empat jam. Terbaru, dalam temubual bersama Beyond the Trailer, Snyder mengesahkan akan terdapat babak ketujuh yang bertajuk “A Father Twice Over”.

Snyder turut berkata, bab ketujuh itu akan berfungsi sebagai ‘epilog besar’ filem yang dijangka berdurasi sekitar 20-25 minit.

“There is an epilogue that’s called “A Father Twice Over” that, well I guess wasn’t released,”

“The last part is called “Father Twice Over” and that’s, you know, takes you to the end of the movie. That’s the big epilogue … from there to the very end is 25 minutes, 20 minutes, plus the credits. There’s actually seven parts, yes.”

Awal bulan ini, Snyder mengesahkan bahawa “Justice League” akan memiliki babak yang tergantung pada akhir filem. Babak itu akan dipaparkan sebagai bab tambahan, dan ia berkaitan dengan ayah Victor, Silas Stone, atau mungkin watak utama lain yang berpotensi menjadi ayah pada akhir filem nanti. 


Selepas gagal dipentas box office, “Justice League” dihidupkan semula oleh Zack Snyder dengan suntingan baru seperti yang dimahukan peminat. Dengan kos sekitar $70 juta dolar untuk menyiapkan suntingan dan visual mengikut visi asal pengarah, peminat dijangka akan merasa puas dengan versi terbaru hasil garapan Snyder.

Didorong untuk memulihkan sifat kemanusia dan diinspirasikan dari tindakan Superman yang tidak mementingkan diri sendiri, “Justice League” menyaksikan Bruce Wayne meminta bantuan dari sekutunya yang baru, Diana Prince, untuk menghadapi musuh yang lebih hebat.

Bersama-sama, Batman dan Wonder Woman berkerja keras untuk mencari dan merekrut pasukan ‘metahuman’ dalam usaha menentang ancaman baru. Meskipun terbentuknya pasukan hebat yang terdiri daripada Batman,Wonder Woman, Cyberog, Aquaman dan The Flash, usaha mungkin sudah terlambat yang menyelamatkan planet Bumi dari serangan yang menakutkan.

“Justice League”, yang menampilkan lakon layar dari Chris Terrio dari cerita oleh Snyder dan Terrio, dibintangi oleh Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko , Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, dengan JK Simmons sebagai Pesuruhjaya Gordon, dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

“Zack Snyder’s Justice League“ akan memulakan tayangannya di HBO Max pada 18 Mac ini. Bagi penonton di Asia Tenggara, khususnya Malaysia, anda berpeluang menonton filem ini di HBO Go pada tarikh yang sama. Tonton teaser karakter “Zack Snyder’s Justice League” disini.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Original HBO TRUE DETECTIVE: NIGHT COUNTRY Akan Membuat Debut 15 Januari

Kakimuvee