Berita

JUSTICE LEAGUE: Zack Snyder Kongsi Gambar Pertama Steppenwolf versi 'Snyder Cut'

Views

Terdapat banyak masalah dengan filem Justice League versi tayangan pawagam, dan antara yang yang menjadi kecaman Steppenwolf, villain utama filem DC itu.

Agak mengejutkan sebenarnya kerana Joss Whedon berjaya menyampaikan watak antagonis Loki dan Ultron dalam filem MCU, tetapi gagal berbuat demikian selepas mengambil-alih projek Justice League dari Zack Snyder.

Whedon membuatkan Steppenwolf sangat teruk dengan CGI yang mengecewakan, malah penampilannya dalam Justice League tidak sehebat seperti yang diperkenalkan Snyder dalam adegan yang dipotong dari filem Batman V Superman: Dawn of Justice. 

Kini, kekecewaan peminat mungkin terubat dalam Justice League versi Snyder. Pengarah tersebut menjanjikan versinya akan jauh berbeza dari versi pawagam, dan sudah tentu ia akan menampilkan Steppenwolf yang jauh berbeza.

Bagi membuktikan kata-katanya, pengarah tersebut telah memuatnaik gambar di Vero yang memaparkan versi asal Steppenwolf yang jauh lebih 'badass' dari versi Joss Whedon. Anda oleh saksikan gambar tersebut dibawah.

Selepas berkempen bertahun-tahun, Warner Bros. akhirnya melepaskan filem Justice League versi suntingan Zack Snyder dengan bajet tambahan sekitar $20 hingga $30 juta. Filem tersebut akan disiapkan sepenuhnya mengikut visi Snyder dan akan mula menemui penonton tahun hadapan di perkhidmatan streaming HBO Max.

Justice League ditulis oleh Chris Terrio berdasarkan cerita dari Zack Snyder dan Terrio. Ditayangkan pada 2017, filem adiwira DC ini menerima ulasan bercampur-campur dari pengkritik dan peminat, dan dianggap gagal dipentas box office apabila hanya meraih $658 juta dolar berbanding kos pembikinan yang mencecah $300 juta dolar.

Justice League versi Snyder akan ditayangkan di HBO Max pada pertengahan 2021.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares