Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Justice League: Tiada Perubahan Ketara Disebabkan Pengambaran Semula Oleh Joss Whedon

Sejak Zack Snyder menarik diri dari mengarahkan filem Justice League akibat tragedi keluarga, Joss Whedon yang mengambil alih tugas Snyder dilaporkan kerap melakukan pengambaran semula dan mengubah serta menambah beberapa babak untuk filem terbaru Warner Bros. Justice League.

Kekerapan pengambaran semula oleh Joss Whedon menunjukan Justice League seolah-olah diolah dan diubah secara serius sehinggakan ramai berpendapat hasil kerja Zack Snyder sebelum ini semakin hilang.

Bagaimanapun pendapat berkenaan telah disangkal oleh wartawan Mark Hughes dari Superhero News yang memberitahu punca pengambaran dilakukan kerap dan mengambil masa yang begitu lama disebabkan masalah jadual pelakon-pelakon utamanya. Mereka terpaksa memilih hari yang sesuai untuk mengumpulkan sejumlah besar pelakon sebelum melakukan pengambaran semula. Ini disebabkan beberapa daripada mereka kini sedang sibuk menjalani pengambaran filem lain.

“the majority of the footage that you’re going to see on the screen is still the footage that was previously shot during principal photography” – Mark Hughes.

 

Zack Snyder & Joss Whedon

Beliau juga menambah, Joss Whedon hanya melakukan sedikit perubahan terhadap filem Justice League tidak merombak babak-babak filem berkenaan secara ketara.

Ini bermakna, visi Zack Snyder masih lagi dapat kita tonton dalam filem Justice League, walaupun ianya diambilalih oleh pengarah lain selepas meninggalkannya. Jadi kepada peminat Justice League, setujukah jika Joss Whedon benar-benar merombak secara besar-besaran babak-babak dalam filem tersebut?

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment