Berita

JUSTICE LEAGUE “Snyder Cut” Akan Ditayangkan Di HBO Max?

Views

Peminat telah menuntutnya sejak sekian lama, dan setelah bertahun-tahun berkempen, menggunakan hashtag, membantah, dan perkongsian gambar-gambar dari pengarahnya sendiri, nampaknya peminat selangkah sahaja untuk menyaksikan Justice League versi ‘Snyder Cut”.

Menurut penulis portal DCEU Mythic, Jeremy Conrad, versi ‘Snyder Cut’ mungkin akan ditayangkan di laman perkhidmatan streaming HBO Max, bukannya DC Universe seperti yang dikhabarkan.

Terdapat beberapa perdebatan mengenai bentuk filem Justice League versi ‘Snyder Cut’. Ada sumber mendakwa ia akan dijadikan dalam bentuk siri terhad, manakala pendapat lain mengatakan ia mungkin ditayangkan dalam bentuk filem panjang atau sebuah filem yang tidak disiapkan (yang bermaksud Warner Bros. tidak mahu mengeluarkan kos untuk menyiapkan filem Justice League versi Snyder Cut).

Apa pun keadaannya, meletakkan filem tersebut di HBO Max adalah satu langkah yang cukup bijak, kerana ia akan mendorong banyak pelanggan pergi ke perkhidmatan streaming baru itu.

Jadi, kepada para peminat filem-filem DC, adakah anda mahu menonton Justice League versi “Snyder Cut” sekirannya ia ditayangkan? kongsikan pendapat anda.

Tinggalkan Balasan

shares