Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Justice League: Ryan Reynolds Nafi Akan Buat Cameo Sebagai Green Lantern

Tahun lalu, telah timbul khabar angin yang mengatakan Ryan Reynolds akan mengulangi peranannya sebagai Green Lantern dalam filem “Zack Snyder’s Justice League”. Kini, pelakon popular itu tampil memberi penjelasan mengenai penglibatannya dalam filem arahan Zack Snyder akan datang. 

Menerusi media sosial Twitter miliknya, Reynolds memberitahu kepada peminat bahawa dia tidak akan kembali sebagai Green Lantern dalam filem “Justice League”, dan kenyataannya itu seolah-olah seperti tidak lagi mahu membawa peranan yang pernah meninggalkan sejarah hitam dalam kariernya. 

Advertising

Selepas gagal dipentas box office, “Justice League” dihidupkan semula oleh Zack Snyder dengan suntingan baru seperti yang dimahukan peminat. Dengan kos sekitar $70 juta dolar untuk menyiapkan suntingan dan visual mengikut visi asal pengarah, peminat dijangka akan merasa puas dengan versi terbaru hasil garapan Snyder.

Didorong untuk memulihkan sifat kemanusia dan diinspirasikan dari tindakan Superman yang tidak mementingkan diri sendiri, Justice League menyaksikan Bruce Wayne meminta bantuan dari sekutunya nya baru, Diana Prince, untuk menghadapi musuh yang lebih hebat.

Bersama-sama, Batman dan Wonder Woman berkerja keras untuk mencari dan merekrut pasukan ‘metahuman’ dalam usaha menentang ancaman baru. Meskipun terbentuknya pasukan hebat yang terdiri daripada Batman,Wonder Woman, Cyberog, Aquaman dan The Flash, usaha mungkin sudah terlambat yang menyelamatkan planet Bumi dari serangan yang menakutkan.

“Justice League”, yang menampilkan lakon layar dari Chris Terrio dari cerita oleh Snyder dan Terrio, dibintangi oleh Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko , Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, dengan JK Simmons sebagai Pesuruhjaya Gordon, dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

“Justice League” versi Zack Snyder akan memulakan tayangannya di HBO Max pada 18 Mac ini. Bagi penonton di Asia Tenggara, khususnya Malaysia, anda berpeluang menonton filem ini di HBO Go pada tarikh yang sama.

Advertising

Related posts

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Jennifer Lawrence Sertai Reboot MCU “Fantastic Four”?

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Poster “Army of the Dead”

Kakimuvee

Kerry Washington & Charlize Theron Bintangi Filem Terbaru Netflix “The School for Good and Evil”

Kakimuvee

Edgar Wright Akan Mengarah Filem Adaptasi “The Running Man”

Kakimuvee

Leave a Comment