Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Justice League Mungkin Diberi Rating ‘R’


Pengarah Zack Snyder memberikan berita terkini mengenai filem Justice League kepada peminat. Ketika bercakap kepada Entertainment Weekly baru-baru ini, Snyder mendedahkan bahawa, filem arahannya itu mungkin akan diberi rating ‘R’. Lebih menarik, filem yang berdurasi 4 jam itu akan ditayangkan di pawagam!

“Ini informasi yang mungkin tiada siapa tahu. Filem ini agak gila dan epic, dan mungkin diberi rating ‘R’ – Itu pekara yang saya rasa akan berlaku, pastinya ia versi ‘R-rated’. Kami belum menerima maklumbalas dari MPAA, tapi itu apa yang saya rasa”

Ketika ditanya kenapa Justice League diberi rating ‘R’, Snyder menjawab, “Akan terdapat babak yang memaparkan Batman melontarkan kata-kata kesat. Cyborg tidak suka dengan apa yang sedang berlaku dalam hidupnya sebelum dia bertemu Justice League, dan dia cendurung untuk berbicara mengikut kehendaknya. Dan Steppenwolf sudah tentu menghancurkan manusia. Jadi [penilaian itu disebabkan oleh] keganasan dan bahasa kesat, mungkin kedua-duanya.”

Selain itu juga, Snyder memberitahun tentang potensi untuk tayangan dipawagam. 

“Saya adalah peminat dan penyokong pengalaman cinematic, dan kami sudah berbincang mengenai tayangan di pawagam pada hari yang sama tayangan di HBO Max,”


Selepas gagal dipentas box office, Justice League akan dihidupkan semula oleh Zack Snyder dengan suntingan baru seperti yang dimahukan peminat. Dengan kos sekitar $70 juta dolar untuk menyiapkan suntingan dan visual mengikut visi asal pengarah, peminat dijangka akan merasa puas dengan versi terbaru Justice League.

Akan ditayangkan di HBO Max tahun hadapan, Justice League akan dipecahkan kepada 4 bahagian, yang mana setiap bahagian akan berdurasi 1 jam, serta akan dilancarkan dalam versi penuh, iaitu filem yang berdurasi 4 jam.

Didorong untuk memulihkan sifat kemanusia dan diinspirasikan dari tindakan Superman yang tidak mementingkan diri sendiri, Justice League menyaksikan Bruce Wayne meminta bantuan dari sekutunya nya baru, Diana Prince, untuk menghadapi musuh yang lebih hebat.

Bersama-sama, Batman dan Wonder Woman berkerja keras untuk mencari dan merekrut pasukan ‘metahuman’ dalam usaha menentang ancaman baru. Meskipun terbentuknya pasukan hebat yang terdiri daripada Batman,Wonder Woman, Cyberog, Aquaman dan The Flash, usaha mungkin sudah terlambat yang menyelamatkan planet Bumi dari serangan yang menakutkan.

Justice League, yang menampilkan lakon layar dari Chris Terrio dari cerita oleh Snyder dan Terrio, dibintangi oleh Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko , Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, dengan JK Simmons sebagai Pesuruhjaya Gordon, dan Amy Adams sebagai Lois Lane.


Related posts

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee