Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Justice League Lepasi Kutipan Tiket $500 Juta Dolar


Filem kelima DC, Justice League akhirnya berjaya lepasi kutipan tiket $500 juta dolar meskipun berhadapan kritikan dan kecaman peminat serta kontroversi yang mahu versi asal filem ditayangkan kepada umum. Justice League merupakan filem DC paling rendah mendapat kutipan tiket pada minggu pembukaan berbanding empat filem sebelumnya iaitu sebanyak $93 juta dolar sahaja.

Sehingga 29 November, kutipan domestik Justice League adalah sebanyak $178.9 juta, manakala kutipan antarabangsa pula sebanyak $311 juta dolar, dengan China menyumbang sebanyak $84 juta dolar diikuti United Kingdom sebanyak $17 juta, Brazil sebanyak $14 juta dan Korea Selatan sebanyak $12 juta.

Justice League perlu melepasi jumlah kutipan tiket filem pertama DC, Man of Steel yang mengutip sebanyak $668 juta bagi mengelakkan filem tersebut menjadi filem DC paling rendah kutipan tiket seluruh dunia.

Kritikan dan jumlah kutipan tiket filem Justice League ini benar-benar memberi tamparan hebat kepada Warner Bros. dan dikhuartiri prestasi yang ditunjukkan oleh filem superhero ini akan menganggu perjalanan filem-filem DC akan datang.

Kepada peminat-peminat filem superhero terutamanya peminat filem DC, anda rasa mampukah Justice League lepasi angka $600 juta dalam tempoh masa terdekat ini?



Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee