
Pengarah Zack Snyder telah memberikan perkembangan Justice League yang cukup menarik kepada peminat, dan kali ini bintang Joe Manganiello telah kongsikan gambar terbaru penjahat popular DC Deathstroke dilaman Twitter miliknya.
Manganiello memainkan peranan Deathstroke dalam filem Justice League Snyder Cut akan datang. Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.
Heroes & Villains can put their differences aside for an important cause… https://t.co/bu2ldmhUUq#UsUnited #AFSP
— JOE MANGANIELLO (@JoeManganiello) November 19, 2020
📷: @ZackSnyder pic.twitter.com/0WO6ixaWHd
Ditayangkan di HBO Max tahun hadapan, Justice League akan dipecahkan kepada 4 bahagian, yang mana setiap bahagian akan berdurasi 1 jam, serta akan dilancarkan dalam versi penuh, iaitu filem yang berdurasi 4 jam.
Didorong untuk memulihkan sifat kemanusia dan diinspirasikan dari tindakan Superman yang tidak mementingkan diri sendiri, Justice League menyaksikan Bruce Wayne meminta bantuan dari sekutunya nya baru, Diana Prince, untuk menghadapi musuh yang lebih hebat.
Bersama-sama, Batman dan Wonder Woman berkerja keras untuk mencari dan merekrut pasukan ‘metahuman’ dalam usaha menentang ancaman baru. Meskipun terbentuknya pasukan hebat yang terdiri daripada Batman,Wonder Woman, Cyberog, Aquaman dan The Flash, usaha mungkin sudah terlambat yang menyelamatkan planet Bumi dari serangan yang menakutkan.
Justice League ditulis oleh Chris Terrio dari cerita Snyder dan Terrio, dan dibarisi pelakon terkenal seperti Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko , Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, dengan JK Simmons sebagai Pesuruhjaya Gordon, dan Amy Adams sebagai Lois Lane.