Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Justice League Dijangka Kutip $325juta Minggu Ini

Walaupun filem Justice League menerima review yang bercampur-campur, dijangkakan filem kelima DC keluaran Warner Bros. ini akan mengutip $325 juta dolar pada minggu pembukaan dengan pasaran domestik (US) akan mengutip sekitar $110 sehingga $120 juta dolar manakala pasaran antarabangsa dijangka akan mengaut $215 juta sehingga $235 juta.

Jumlah terkumpul yang dijangka akan dikutip oleh filem Justice League dalam sekitar $325 juta sehingga $355 juta.

Jangkaan kutiapn filem tersebut dikeluarkan oleh laman web Deadline sebentar tadi.

Menurut laporan laman web berkenaan, jika kutipan minggu pertama Justice League seperti yang dijangka, ia akan mengatasi kutipan minggu pertama Suicide Squad dan Deadpool tetapi masih dibelakang filem Batman v Superman.

China yang terkenal sebagai lubuk duit buat filem-filem Hollywood dijangka akan membantu meningkatkan kutipan filem pertama Justice League.

Filem superhero DC ini mengisahkan sekumpulan superhero Bumi yang membentu pakatan ‘Justice League’ selepas kematian Superman bagi menghalang serangan penjahat Steppenwolf yang ingin memburu Motherbox dan seterusnya menakluki planet Bumi.

Justice League telahpun memulakan tayangannya di Malaysia pada malam Khamis ini dan anda boleh saksikan kehebatan superhero-superhero ini dalam menentang penjahat.

Baca ulasan filem Justice League Kakimuvee disini. 

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment