Berita

Justice League Catat $281.5 Juta Seluruh Dunia, Thor: Ragnarok Lepasi Angka $700 Juta

Views

Filem superhero DC terbitan Warner Bros. mencatat kutipan $281.5 juta pada minggu pertama tayangannya dengan pasaran domestik mencatat $96 juta. Kutipan tersebut jauh lebih rendah dari empat filem DC sebelum ini dimana Wonder Women mengutip  $103.3 juta, Suicide Squad mengutip $133.7, Batman V Superman mengutip $166 juta dan Man of Steel dengan kutipan sebanyak $116.6 juta.

Untuk pasaran antarabangsa, Justice League berjaya mengaut $185.5 juta dengan China menyumbang sebanyak $51.7 juta diikuti Brazil sebanyak $14.2 juta, Britain sebanyak $9.8 juta. Kutipan tiket filem DC ketiga arahan Zack Snyder ini dijangka akan terus meningkat dalam beberapa minggu akan datang. Justice League perlu melepasi angka $600 juta untuk elakkan mengalami kerugian.

Sementara itu, filem superhero Marvel, Thor: Ragnarok terus menambah jumlah kutipan tiket apabila mengutip sebanyak $45.9 juta dolar seluruh dunia pada minggu ketiga tayangannya. Secara keseluruhan, Thor: Ragnarok berjaya mengaut  $738.1 juta seluruh dunia dengan pasaran domestik menyumbang sebanyak $247.4 juta dan China menjadi penyumbang terbesar untuk pasaran antarabangsa dengan kutipan sebanyak $107.5 juta.

Thor: Ragnarok berjaya mengatasi dua filem Thor sebelum ini dimana kutipan filem pertama adalah sebanyak $449.3 juta manakala Thor: The Dark World mengutip sebanyak $644.5. Franchise Thor sahaja telah menyumbang lebih $1.8 billion kepada Marvel Studio.

Tinggalkan Balasan

shares